Sunday, August 18, 2013

Proton Exora Bold CFE Raya 2013

Alhamdullillah sempat ambik exora sebelum raya 2013. Dapat warna elegent brown walaupun nak warna cocoa grey. Dah puas cari di Kota Bharu dan seterusnya satu Mesia warna cocoa grey tapi kene tunggu empat bulan... lambat pula sbb nak pakai sblm raya. Last2 beli kat Temerloh warna elegant brown.. nak dijadikan cerita, dah beli dalam 3 hari, tup tup SC KB kabor ada stok baru, owner x lulus loan... perh... rasa nak nangih guling2 kiri dan kanan..frust!!.. sefrust-frustnya..huhu.

Anyway, tak apa la pasal tengok warna cocoa grey cepat nampak kotor berbanding wana elengant brown.. koi ni dah le jenis malas nak basuh keje (sbb air paip very slow)... nak sedapkan hati pun ye jugak huhu..

Sebelum nak beli Exora ni byk jugak berkira2nya... pasal byk dengar dan baca dlm internet yang tak baik mengenai Exora ni. Tapi gamble je la, kalu kene yang defect, kira nasib la. Ksian juga tengok anak-anak menyempit tido dalam Waja. Tapi dalam 3 trip phg-KB ni.. mmg berbaloi. Tekan minyak skit j.. tahu2 dah dah 100km/j .. almaklumla.. enjin 1.6 jadi 2.0 slps dikuasakan dgn Turbo...dan yang paling penting.. keselesaan. Bentang toto kat ruang belakang, diorg tido tak sedar mender dah. Airkon dan sistem audio Proton rmmg terbaik la.

Yang tak sedapnya dalam 3 minggu ni dah dua kali koi saksikan eksiden jalanraya. Pertama kat Kerambit, K.Lipis masa baru perjalanan pertama ke KB dan kedua kat RNR Gua Musang... ini mungkin peringatan kot agar jgn enjut laju2 dan sentiasa berwaspada.


No comments: