Tuesday, August 20, 2013

Pasar Malam Bachok


Suatu perkara yang amat koi gemari bila berada di bumi Klatae adalah melawat pasar malam atau pasar pagi. Beraneka barangan ada terjual di pasar tersebut seperti makanan, buah-buahan dan pakaian. Salah satunya adalah seperti di Bandar Bachok di mana pasar malamnya dibuka pada hari Jumaat dari jam 4.00ptg hingga 9.30 mlm. Pasar malam di sini meriah kerana terletak berhampiran dengan Pantai Irama yang menjadi tumpuan mengunjung untuk mandi pantai serta bersantai bersama keluarga.


Gerai sebegini biasa terdapat di mana-mana pasar malam. Berbagai persembahan dipertontonkan untuk menarik minat pemngunjung pasar malam termasuklah bermain dengan ular tedung selar. Koi selalunya susah nak membeli ubat2 tradisional ni sebab tidak tahu ketulenan dan keberkesanannya.



Antara pengunjung pasar malam yang menyaksikan persembahan bermain ular.


Gerai menjual pakaian terpakai seperti ini juga amat biasa terdapat di mana-mana pasar malam di Klatae. Tapi kebanyakkan pakaian datang dari Korea dan Jepun, hanya sedikit sahaja yang datang dari Thailand.


 Ini yang istimewa di pasar malam Bachok, ketam nipah. Elok untuk orang yang diserang demam denggi atau chikunguya. Yang siap dimasak pedas pun ada.


Gerai-gerai yang menjual masakan memang banyaklah kat sini. Pilih je nak yang mana dengan harga yang berpatutan. Tepuk dada tanda selera....

1 comment:

Don Balon said...

Memanc beh nampok weh..

Koi raya baru ni 3 hari tak ke mana sangat weh..main dalanc pasir mas-tumpat je