Sunday, August 18, 2013

Kemalangan Jalanraya di Gua Sejuk, Gua Musang


Ngeriii...

Semalam dalam perjalanan ke KB dari Bentong, koi sempat menyaksikan satu kemalangan berhampiran RNR Gua Musang. Kurang 30 minit je dari lokasi kejadian yg sebelum tu berselisih dengan dua bijik ambulan. Sampai je ke lokasi, bomba tengah mengeluarkan mangsa. Seorang meninggal dunia di tempat kejadian dan 3 parah. Sebelum tu baru je koi nak henjut 110Km/J Exora koi. Kawasan tu mmg selalu berlaku kemalangan walaupun jalannya lurus dan kereta selalunya laju. Itula kata orang.. walaupun kita berhati-hati, kadang-kadang kita boleh jadi mangsa kepada mereka yang tidak berhati-hati..3 minggu lepas baru je tengok satu eksiden kat Kerambit, juga kurang 30 minit sampai ke lokasi kejadian. Kejadian melibatkan 4 buah kenderaan iaitu Alza, Iswara (kematian), Saga FLV (2 parah) dan Persona (1 parah). Difahamkan kejadian berlaku disebabkan kerata Saga FLV dari KB terbabas ke laluan bersebelahan lalu merempuh Iswara dan Persona. Kereta Alza yang berada di hadapan sempat mengelak walaupun terseret kira-kira 100m.









berita penuh boleh diikuti di sini

No comments: