Wednesday, December 7, 2011

Gerhana Bulan Penuh Malam 10 Disember 2011


Gerhana bulan penuh selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini. Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, fenomena gerhana bulan atau matahari sering mengundang kepada kejadian gempa bumi di serata dunia terutama di kawasan lingkaran api (Ring of Fire). Kejadian ini berlaku kerana terdapatnya tarikan graviti yang maksimum oleh bulan dan matahari. Bukan sahaja air laut (pasang surut) yg mengalami tarikan graviti tersebut, malah cecair dalam perut bumi juga akan mengalami tarikan tersebut. Tarikan graviti dari bulan dan matahari menganggu pergerakan cecair (perolakan)dalam perut bumi lantas menyebabkan kerak-kerak bumi turut bergerak. Pergerakan bertentangan antara kerak bumi akan menghasilkan tegasan lalu menyebabkan gempa bumi.