Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat





Terkejut jugak bila terima SMS dari rakan sekerja dari Selangor memberitahu bahawa berlaku kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang semalam. Kejadian ini mmg sering biasa berlaku di Malaysia tetapi hanya gempar apabila melibatkan kerosakan harta benda atau kehilngan nyawa sahaja. Haru jugak koi sbb kejadian menimpa ke atas rumah anak2 yatim.

Bila tengok je gambar2 tempat kejadian, dapat koi simpulkan beberapa perkara mengenai terjadinya kejadian tersebut.
  1. Rumah didirikan betul2 di bahagian lereng bukit, dalam kelas IV.
  2. Dahulunya adalah merupakan cerun asli yg kemudiannya dipotong untuk pembinaan bangunan. Cerun yg telah diratakan dibinanya bangunan manakala cerun disekitarnya amat curam dan tiada kerja pengukuhan cerun dibuat. Bila diperhatikan pada ketinggian cerun itu, susah pastinya cerun adalh cukup curam.
  3. Bahan cerun adalah sisa tanah granit (luluhawa gred 3-4) secara relatifnya bersifat peroi apabila tepu dengan air. Apabila hujan, banyak air diserap oleh tanah tersebut membuatkannya tepu. Apabila air banyak menyerap, bahan cerun menjadi berat dan apabila sampai satu tahap, akan mengelongsor turun akibat daya graviti.
Kita mempunyai pelbagai garis panduan dalam membina sebarang struktur di lereng2 bukit. Malangnya kebanyakkan garis panduan tersebut baru sahaja diperkenalkan sedangkan telah banyak struktur2 telah dibina di kawasan lereng/bercerun. Ini juga mungkin kerana kekurangan tanah2 rata, so ramai yang terpaksa membina struktur2 di kawasan lereng2 bukit.

2 comments:

Don Balon said...

Li.. di daerah hulu langat sendiri, yang merangkumi ampang selangor, ulu langat, cheras selangor, kajang, semenyih, bangi dan beranang banyok amat lagi tanoh rata..
buat rumoh di lereng ni nampok gah sikit sebenornya..
tapi koi memang kuranc minat lereng ni..
memang ajal di mana2, bukit, lemboh hatta laut, tapi janganlah menempah maut..
ke goner?? :)

Anonymous said...

Mader! mmg byk tanah rata tapi telah dimiliki.. that why tak cukup tanah sampai lereng2 bukit pun tarah habis//.. lbh teruk lagi tanah yg runtuh d Hulu Langat tu adalah Tanah Pertanian.. puas nak menjawab nanti! Omen