Monday, May 2, 2011

Kenapa kita rasa bergerak perlahan walaupun kita bergerak laju?

Kalau kita sering memandu di lebuhraya, kita mungkin pernah mengalami keadaan di mana kita merasakan kenderaan yang kita bawa itu seperti bergerak perlahan sedangkan pada masa itu kelajuan kenderaan kita menjangkau sehingga 110 km/j. Ada beberapa sebab kenapa keadaan sedemikian berlaku antaranya adalah;

  1. Pemanduan di lebuhraya berbeza dengan jalanraya biasa terutama dari segi kelebaran dan jajarannya. Lebuhraya selalunya berjajaran lurus dan amat jarang atau hampir tiada selekoh tajam dan lebih lebar, kadangkala sampai tiga laluan (lane). Di lebuhraya kita boleh memecut sehingga rapat pedal minyak tetapi tidak boleh sama sekali dilakukan di jalanraya biasa.
  2. Andaikan kereta A dan kereta B sedang bergerak beriringan di lebuhraya dengan kelajuan 90 km/j, maka sudah tentu pada relatifnya kedua-dua kereta tersebut bergerak selari, tetapi jika kereta A tiba-tiba bergerak dengan kelajuan 100 km/j, maka sudah tentu kereta A akan bergerak lebih laju kehadapan dengan perbezaan 10 km/j. Dengan kata lain, Kereta B akan melihat kereta A bergerak kehadapan dengan kelajuan 10 km/j sahaja. Tetapi jika kereta A yang bergerak dgn kelajuan 100km/j tadi dgn tiba-tiba menurunkan kelajuan kepada kelajuan asal iaitu 90km/j, maka kedua-dua kereta tersebut bergerak seiringan tetapi dipisahkan oleh jarak.
  3. Oleh itu kita bayangkan terdapat banyak kereta di lebuhraya yang bergerak dgn kelajuan yang sama, katakan 9okm/j, maka sudah tentu kita akan merasakan kita bergerak perlahan kerana kesemua kereta bergerak dengan kelajuan yang sama seolah-olah tidak bergerak. Tetapi keadaan akan berbeza sama sekali jika terdapat kereta-kereta yang bergerak dgn lebih laju atau perlahan; di mana kita akan rasa kita perlahan jika ada kereta yang bergerak lebih laju memotong kita; dan sebaliknya kita akan rasa laju jika kita pula yang memotong kereta yang bergerak perlahan.

1 comment:

Jejaka Desa said...

Tu pasei orang sokmo berlumbe di highway....