Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat





Terkejut jugak bila terima SMS dari rakan sekerja dari Selangor memberitahu bahawa berlaku kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang semalam. Kejadian ini mmg sering biasa berlaku di Malaysia tetapi hanya gempar apabila melibatkan kerosakan harta benda atau kehilngan nyawa sahaja. Haru jugak koi sbb kejadian menimpa ke atas rumah anak2 yatim.

Bila tengok je gambar2 tempat kejadian, dapat koi simpulkan beberapa perkara mengenai terjadinya kejadian tersebut.
  1. Rumah didirikan betul2 di bahagian lereng bukit, dalam kelas IV.
  2. Dahulunya adalah merupakan cerun asli yg kemudiannya dipotong untuk pembinaan bangunan. Cerun yg telah diratakan dibinanya bangunan manakala cerun disekitarnya amat curam dan tiada kerja pengukuhan cerun dibuat. Bila diperhatikan pada ketinggian cerun itu, susah pastinya cerun adalh cukup curam.
  3. Bahan cerun adalah sisa tanah granit (luluhawa gred 3-4) secara relatifnya bersifat peroi apabila tepu dengan air. Apabila hujan, banyak air diserap oleh tanah tersebut membuatkannya tepu. Apabila air banyak menyerap, bahan cerun menjadi berat dan apabila sampai satu tahap, akan mengelongsor turun akibat daya graviti.
Kita mempunyai pelbagai garis panduan dalam membina sebarang struktur di lereng2 bukit. Malangnya kebanyakkan garis panduan tersebut baru sahaja diperkenalkan sedangkan telah banyak struktur2 telah dibina di kawasan lereng/bercerun. Ini juga mungkin kerana kekurangan tanah2 rata, so ramai yang terpaksa membina struktur2 di kawasan lereng2 bukit.

Monday, May 2, 2011

Kenapa kita rasa bergerak perlahan walaupun kita bergerak laju?

Kalau kita sering memandu di lebuhraya, kita mungkin pernah mengalami keadaan di mana kita merasakan kenderaan yang kita bawa itu seperti bergerak perlahan sedangkan pada masa itu kelajuan kenderaan kita menjangkau sehingga 110 km/j. Ada beberapa sebab kenapa keadaan sedemikian berlaku antaranya adalah;

  1. Pemanduan di lebuhraya berbeza dengan jalanraya biasa terutama dari segi kelebaran dan jajarannya. Lebuhraya selalunya berjajaran lurus dan amat jarang atau hampir tiada selekoh tajam dan lebih lebar, kadangkala sampai tiga laluan (lane). Di lebuhraya kita boleh memecut sehingga rapat pedal minyak tetapi tidak boleh sama sekali dilakukan di jalanraya biasa.
  2. Andaikan kereta A dan kereta B sedang bergerak beriringan di lebuhraya dengan kelajuan 90 km/j, maka sudah tentu pada relatifnya kedua-dua kereta tersebut bergerak selari, tetapi jika kereta A tiba-tiba bergerak dengan kelajuan 100 km/j, maka sudah tentu kereta A akan bergerak lebih laju kehadapan dengan perbezaan 10 km/j. Dengan kata lain, Kereta B akan melihat kereta A bergerak kehadapan dengan kelajuan 10 km/j sahaja. Tetapi jika kereta A yang bergerak dgn kelajuan 100km/j tadi dgn tiba-tiba menurunkan kelajuan kepada kelajuan asal iaitu 90km/j, maka kedua-dua kereta tersebut bergerak seiringan tetapi dipisahkan oleh jarak.
  3. Oleh itu kita bayangkan terdapat banyak kereta di lebuhraya yang bergerak dgn kelajuan yang sama, katakan 9okm/j, maka sudah tentu kita akan merasakan kita bergerak perlahan kerana kesemua kereta bergerak dengan kelajuan yang sama seolah-olah tidak bergerak. Tetapi keadaan akan berbeza sama sekali jika terdapat kereta-kereta yang bergerak dgn lebih laju atau perlahan; di mana kita akan rasa kita perlahan jika ada kereta yang bergerak lebih laju memotong kita; dan sebaliknya kita akan rasa laju jika kita pula yang memotong kereta yang bergerak perlahan.