Wednesday, December 7, 2011

Gerhana Bulan Penuh Malam 10 Disember 2011


Gerhana bulan penuh selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini. Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, fenomena gerhana bulan atau matahari sering mengundang kepada kejadian gempa bumi di serata dunia terutama di kawasan lingkaran api (Ring of Fire). Kejadian ini berlaku kerana terdapatnya tarikan graviti yang maksimum oleh bulan dan matahari. Bukan sahaja air laut (pasang surut) yg mengalami tarikan graviti tersebut, malah cecair dalam perut bumi juga akan mengalami tarikan tersebut. Tarikan graviti dari bulan dan matahari menganggu pergerakan cecair (perolakan)dalam perut bumi lantas menyebabkan kerak-kerak bumi turut bergerak. Pergerakan bertentangan antara kerak bumi akan menghasilkan tegasan lalu menyebabkan gempa bumi.

Tuesday, October 18, 2011

Bayi dikelar: Mari kita bersama tegakkan hukum Allah

Kerana keluarga teman lelaki enggan menerima anak dikandungnya, seorang pelajar tingkatan 4 sanggup mengelar bayi perempuannya yang baru dilahirkan di sebuah asrama. Betong, Perlis. Di manakah naluri seorang ibu?

Thursday, October 6, 2011

Gambar bayi dicampak dari rumah pangsa


Anda mesti berasa ngeri bila melihat gambar ini. Seorang bayi yang baru dilahirkan dicampak dari rumah pangsa. Inilah sebabnya hukum Hudud mesti dilaksanakan supaya kegiatan penzinaan dapat dielakkan.



Tuesday, September 6, 2011

Merdakakah negara kita?


Tanah Melayu ni tidak merdeka lagi sebenarnya.. cuma ianya diserahkan oleh British untuk diurus tadbir.... setelah melihat sumber ekonomi semakin berkurangan di samping ketidakupayaan dalam menghadapi serangan komunis yang sering melumpuhkan kegiatan ekonomi mereka..... dan British telah memilih UMNO sebagai pentadbirnya dengan mengekalkan identiti British dan perlembagaan British... kita tidak tahu apa perjanjian yang telah dibuat utk mendapatkan kemerdekaan.. adakah jus soli adalah salah satu dari syarat utk mendapatkan kemerdekaan? memandangkan British sama sekali tidak akan menghantar semula org-org Cina dan India pulang ke tanah asal mereka....kita bernasib baik kerana adanya tok2 guru dan sekolah2 pondok bagi mengimbangi dan mengekang kesekularan dari terus beraja di Tanah Melayu ini.. bagi seorang melayu mungkin ianya istilah merdeka, tapi bagi seorang Islam, perjuangan kita belum selesai..

Wednesday, August 24, 2011

Bila manusia mula muncul di bumi?



Mengikut perkiraan sains melalui bukti-bukti arkeologi, manusia primitif dipercayai mula muncul di permukaan bumi pada kira-kira 200,000 tahun lampau (Zaman Holocene). Detik kemunculannya berbanding usia bumi adalah seumpama sedetik dari 24 jam. Ini adalah kerana usia bumi adalah dianggarkan kira-kira 4.55 billion tahun berdasarkan kajian batuan tertua di bumi. Dengan kata lain, telah banyak hidupan yang pernah hidup di muka bumi ini sebelum kemunculan manusia.

Walaubagaimana pun kita sebagai orang islam wajib mempercayai bahawa manusia berasal dari Nabi Adam yang telah diturunkan ke muka bumi ini sebagai Khalifah dan bukannya berasal dari kalangan haiwan primat seperti yang terkandung dalam Teori Darwin.


Monday, August 22, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Durian dari Jeli, Klate




Durian dari Jeli dan dari Gua Musang adalah antara yang terkenal di negeri Klate. Koi mmg suka makan durian ni tak kira apa spesies pun.. tapi yg faberet adalah durian jenis kucing tido ler.. kene dua ulas dah menyandar huhuhu...

Koi dengo2 la kan, durian di Bentong-Raub dah di penghujung musim, tapi di Perak blah2 Tapah baru nak gugur.... so cuti Nuzul ni koi nak ke Perak mencari durian barang sebutir dua...




Tuesday, August 2, 2011

Lipan bara


Ikan kelisa tentu galak kalau dapat lipan ni.

Tuesday, June 7, 2011

Jem Bangat!

Teruk betul terkandas di Kg. Dada Kering, Lipis dua hari lepas.... 'jem parking' dekat 2 jam di kedua-dua hala akibat sebuah treller yang terbalik dan merentangi jalan utama. Nasib baik ada jalan pintas melalui jalan kampung, itupun muat2 utk sebiji keter.... lbh teruk lagi ada plak lori bawak tong gas sangkut plak kat jln pintas tu.... lepas je dari ke'jem'an tu kesian plak tengok keter2 yg terkandas dr arah bertentangan.. siap ada 3 lane... jem sampai ke Cegar Perah... laluan sesak di Bukit Sri 7....kesesakan ni menyebabkan Tol Karak dan Tol Gombak pun bertambah2 teruk.

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat





Terkejut jugak bila terima SMS dari rakan sekerja dari Selangor memberitahu bahawa berlaku kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang semalam. Kejadian ini mmg sering biasa berlaku di Malaysia tetapi hanya gempar apabila melibatkan kerosakan harta benda atau kehilngan nyawa sahaja. Haru jugak koi sbb kejadian menimpa ke atas rumah anak2 yatim.

Bila tengok je gambar2 tempat kejadian, dapat koi simpulkan beberapa perkara mengenai terjadinya kejadian tersebut.
  1. Rumah didirikan betul2 di bahagian lereng bukit, dalam kelas IV.
  2. Dahulunya adalah merupakan cerun asli yg kemudiannya dipotong untuk pembinaan bangunan. Cerun yg telah diratakan dibinanya bangunan manakala cerun disekitarnya amat curam dan tiada kerja pengukuhan cerun dibuat. Bila diperhatikan pada ketinggian cerun itu, susah pastinya cerun adalh cukup curam.
  3. Bahan cerun adalah sisa tanah granit (luluhawa gred 3-4) secara relatifnya bersifat peroi apabila tepu dengan air. Apabila hujan, banyak air diserap oleh tanah tersebut membuatkannya tepu. Apabila air banyak menyerap, bahan cerun menjadi berat dan apabila sampai satu tahap, akan mengelongsor turun akibat daya graviti.
Kita mempunyai pelbagai garis panduan dalam membina sebarang struktur di lereng2 bukit. Malangnya kebanyakkan garis panduan tersebut baru sahaja diperkenalkan sedangkan telah banyak struktur2 telah dibina di kawasan lereng/bercerun. Ini juga mungkin kerana kekurangan tanah2 rata, so ramai yang terpaksa membina struktur2 di kawasan lereng2 bukit.

Monday, May 2, 2011

Kenapa kita rasa bergerak perlahan walaupun kita bergerak laju?

Kalau kita sering memandu di lebuhraya, kita mungkin pernah mengalami keadaan di mana kita merasakan kenderaan yang kita bawa itu seperti bergerak perlahan sedangkan pada masa itu kelajuan kenderaan kita menjangkau sehingga 110 km/j. Ada beberapa sebab kenapa keadaan sedemikian berlaku antaranya adalah;

  1. Pemanduan di lebuhraya berbeza dengan jalanraya biasa terutama dari segi kelebaran dan jajarannya. Lebuhraya selalunya berjajaran lurus dan amat jarang atau hampir tiada selekoh tajam dan lebih lebar, kadangkala sampai tiga laluan (lane). Di lebuhraya kita boleh memecut sehingga rapat pedal minyak tetapi tidak boleh sama sekali dilakukan di jalanraya biasa.
  2. Andaikan kereta A dan kereta B sedang bergerak beriringan di lebuhraya dengan kelajuan 90 km/j, maka sudah tentu pada relatifnya kedua-dua kereta tersebut bergerak selari, tetapi jika kereta A tiba-tiba bergerak dengan kelajuan 100 km/j, maka sudah tentu kereta A akan bergerak lebih laju kehadapan dengan perbezaan 10 km/j. Dengan kata lain, Kereta B akan melihat kereta A bergerak kehadapan dengan kelajuan 10 km/j sahaja. Tetapi jika kereta A yang bergerak dgn kelajuan 100km/j tadi dgn tiba-tiba menurunkan kelajuan kepada kelajuan asal iaitu 90km/j, maka kedua-dua kereta tersebut bergerak seiringan tetapi dipisahkan oleh jarak.
  3. Oleh itu kita bayangkan terdapat banyak kereta di lebuhraya yang bergerak dgn kelajuan yang sama, katakan 9okm/j, maka sudah tentu kita akan merasakan kita bergerak perlahan kerana kesemua kereta bergerak dengan kelajuan yang sama seolah-olah tidak bergerak. Tetapi keadaan akan berbeza sama sekali jika terdapat kereta-kereta yang bergerak dgn lebih laju atau perlahan; di mana kita akan rasa kita perlahan jika ada kereta yang bergerak lebih laju memotong kita; dan sebaliknya kita akan rasa laju jika kita pula yang memotong kereta yang bergerak perlahan.

Tuesday, April 12, 2011

Waktu solat utk Mozilla Firefox

Kekadang kita selalu leka, main facebookla, game la.. memang kita selalu leka, harap software add-on ini dapat membantu kita dalam menjalankan ibadah solat 5 waktu....insyaallah!


Install our Firefox add-on for displaying daily prayer times.
Pray Times! Addon

Install Pray Times!


Untuk laungan azan, download di sini.


Monday, February 7, 2011

Tips Memanjangkan hayat bateri kereta!


Percaya atau tak, bateri kereta koi boleh tahan sampai 3 tahun? berikut adalah tips2 utk mengekalkan hayat bateri kereta anda:

1.Tutup kesemua peralatan yang menggunakan bateri seperti radio dan penghawa dingin sebelum mematikan enjin kereta anda.
2.Sebelum menghidup enjin keter anda pastikan juga kesemua peralatan tersebut telah ditutup.
3.Kurangkan penggunaan 'alarm'. Jika keter anda di rumah, memadai untuk kunci secara manual sahaja, dan terakhir sekali,
4.Jangan cuba-cuba menambah pendawaian keter anda seperti memasang 'sportlight' dsb.

Sebagai maklumat tambahan, jika berhajat untuk membeli bateri keter yang baru, pastikan anda memdapat kad jaminan dari pengeluar kerana kedai yang membekal bateri tidak lagi menerima jaminan jika bateri keter tersebut rosak.

Thursday, January 20, 2011

Suatu ketika dahulu.....

Lama tak layan lagu ni dari band As Sahar...... teringat zaman dulu-dulu....




Wednesday, January 5, 2011

Kenapa jalan tar selalu berlubang ketika musim hujan?


Konkrit asphalt atau yang selalu kita sebut sebagai 'tar' adalah terdiri daripada campuran asphalt (sebagai pelekat) dan aggregat (pecahan batuan) yang selalunya digunakan dalam pembinaan jalanraya di negara kita. Tahukah anda ;

Kenapa jalan sering berlubang ketika musim hujan?
Jalan tar adalah bersifat seperti span, kenyal, agak lembut (cuba ketuk dengan tukul) dan mempunyai rongga. Lazimnya dalam keadaan biasa (kering), konkrit asphalt dapat menyerap tekanan dari berat kenderaan yang melalui permukaannya kerana kekenyalan dan ruang rongga yang terisi oleh udara. Tetapi apabila musim hujan, banyak air telah diserap dan mengisi setiap ruang dalam rongga-rongga tersebut dan menyebabkan ketepuan berlaku. Biasanya air ini 'diperah' keluar dan kembali ke bentuk asalnya seperti span. Apabila kenderaan melaluinya berulang-ulang kali, akibat ketepuan, tar tersebut tidak dapat mengekalkan bentuknya lantas ianya pecah dan menyebabkan ianya berlubang lalu membentuk "patholes". Keadaan menjadi lebih teruk jika kenderaan berat seperti lori balak dan treler yang sentiasa melaluinya. Jika kita perhatikan juga, pathole ini selalunya terbentuk di kawasan had laju atau di kawasan di mana kenderaan terpaksa dipandu perlahan (selekoh, lampu lalulintas, sekolah, etc.) dan jarang berlaku di kawasan lurus di mana kenderaan boleh dipandu dengan laju. Asasnya, 'berat' kenderaan yang dipandu laju kurang memberi kesan terhadap permukaan tar. Lubang-lubang tersebut boleh menyebabkan kemalangan (cuba mengelak lubang) dan kerosakan kenderaan (ream tayar bengkok atau tayar pecah- tak pernah kena tapi selalu tengok orang berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar).

Kenapa ia sering berlaku di jalan-jalan kampung/jalanraya utama dan tidak di lebuhraya?
Pada amnya konkrit asphalt di jalan-jalan biasa adalah sama dengan konkrit asphalt di lebuhraya. Cuma yang membezakannya adalah lapisan di bawahnya. Lapisan bawah konkrit asphalt di jalan-jalan biasa adalah terdiri daripada mampatan aggregat (campuran pasir dan batu kuari yang dilenyek oleh stim roll) manakala lapisan bawah bagi konkrit asphalt di lebuhraya pula adalah konkrit simen. Sebab itu di lebuh raya jarang ada lubang-lubang atau mendapan di permukaan jalannya, lagipun kenderaan sering dipandu laju di kawasan tersebut. Pembinaan jalanraya/lebuhraya dengan menggunakan konkrit simen adalah tidak praktikal kerana kosnya tinggi dan akan mempercepatkan tayar kereta anda haus atau 'botak'.

Kenapa lebuhraya/jalanraya kita beralun di beberapa lokasi?
Sebenarnya masalah ini berpunca dari jenis bahan geologi di mana jalanraya/lebuhraya tersebut dibina. Keadaan ini disebabkan kehadiran lapisan gambut atau lapisan tanah liat atau 'clay' pada laluan tersebut. Keadaan ini dapat diperhatikan di kawasan Rompin (Pahang), Dengkil (Selangor) dan beberapa kawasan di Johor. Sifat gambut yang mudah termampat dan tanah liat yang bersifat plastik menyebabkan jalanraya tersebut beralun-alun. Gambut sepanjang 1m boleh dimampatkan sehingga 1cm. Membuang gambut utk pembinaan jalanraya bukanlah kerja yang mudah dan kos juga adalah tinggi. Untuk mengurangkan kesan beralun ini, gambut ini dibuang dan kemudiannya diganti dan dimampatkan dengan pasir.
Oleh itu jangan mudah menyalahkan pemaju/kontraktor pembinaan jalanraya terutamanya JKR jika kejadian 'pelubangan' yang sering berlaku di laluan kenderaan anda. Pertimbangkan juga faktor-faktor lain yang menyumbang terhadap berlaku masalah tersebut.(Nota: koi tak ada kena mengena dgn JKR atau pemaju, sekadar berkongsi pengetahuan).


Apa-apa, berhati-hatilah anda di jalanraya, pandu cermat.. jiwakan selamat!