Wednesday, November 10, 2010

Biar Hilang Undi Jangan Hilang Tanah

Koi respect betui dengan Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya Majlis Daerah Gua Musang mengenai PRK Galas baru ni. Seperti yang kita ketahui Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PAS telah kalah dalam PRK tersebut dengan majoriti yang besar dengan undi kaum cina yang memihak BN. Tahukah anda kenapa boleh jadi begitu? Pada penelitian koi, kekurangan undi kaum cina itu adalah disebabkan dua faktor iaitu faktor kelulusan tanah (tidak menganugerahkan tanah) dan tawaran wang ringgit (khabarnya dibayar RM1,000 seorang) kepada kaum tersebut. Kalau Kerajaan Negeri lain koi tak tahu lah macamana! sanggup hilang tanah agaknya utk mendapatkan undi. Kita diwar-war melayu akan hilang kuasa dlm PRU 13, masalahnya majoriti yang bertanding utk kerusi parlimen adalah Melayu lawan Melayu. Mana logiknya kalau melayu hilang kuasa, kacauwali melayu lawan kaum lain. Contoh paling nyata dalam PRK Parlimen Hulu Langat.; Melayu lawan India.. siapa yang menang? masalahnya Melayu x mau undi org melayu sendiri!(siap buat sembahyang hajat lagi tuh.. ). Lepas tu berdegar2 bagitau kaum cina dah kuasai P.Pinang....cuba bagitau zaman bila P.Pinang dan Singapura jatuh ke tangan orang lain? Renung-renungkan!

4 comments:

Webmaster@Echam said...

Koi juge respek cara pentadbiran negeri kelantan. Cukup gentle dlm berlawan. Tak guna duit dan apajua gula2 politik. Berlawan secara bersih. Kalo kalah pun puas hati sbb lawan cara bersih. Harapkan semua nak duit Beruk pun kerkoh tuan....

a.samad jaafar said...

Mase kat hulu selangor.. kepla aku mujur tak sekah dibaling ngan batu oleh puak2 samseng umno.. pelik.. sanggup sampai ke tahap itu org melayu umno mahu memenangkan india.. pas tu kata.. ptahan kuasa melayu.. aneh puak2 ni.. yg geramnya.. puak india tergelak tengok melayu hentam melayu utk menangkan bangsa dia..

Anonymous said...

Smuanya kerna dikaburi oleh wang ringgit semata-mata....kalau kaya kerna sokong ameno ada asasnya kerna dek ada kepentingan...tapi yang sokong membuat tuli itu yg payahnya...bagi tanah/duti skit.. sokong sampai ke mati!

Don Balon said...

Sahabat..
koi melihat sesuatu isu di luar kotak politik..
aok pun tau koi memang anti-UNKO sampei mati, selagi demeh berjuang atas dasor sekular dan berperangai machanc Mustapa Kemal Turki..

Namun, jika PAS menang hari tu apa pula lagu yang didendangkan di harakahdaily? Bagi koi bior sejuta kekalahan yang mendekatkan perjuangan kepada Allah berbanding satu kemenangan yang menjauhkan daripada Nya..

Cuba kita buat survey, berapa peratus tanah di Pahang dipunyai oleh cha ya, berapa peratus oleh kaum kita. Padahal tanah tempat berpijak, takde tanah nak lalau tanoh org kena tol, nok duduk kena sewa. namun orang kita lebih berminat dengan bisnes atas angin macam MLM, agen itu ini, stokis itu ini..
Angkara siapa? memang orang UNKO.. kita sedia maklum akan itu..
Namun perkongsian PAS dgn DAP membataskan suara kita atas isu2 ini, malah banyak kali mengunci terus suara2 ini. Tok Guru datang ke jerantut hari tu pun berjanji selesai hal permohonan tanah cha ya yang tersangkut bertahun-tahun di pejabat tanoh.
Koi keney PDT jerantut tu, melayu mohon beratus-ratus orang tapi sorang 3 ekar, cina mohon beberapa puluh orang je tapi sorang2 beratus, beribu ekar, atas nama kompeni.

Doh goner??