Wednesday, October 13, 2010

Fenomena Analemma


Perasan tak waktu solat subuh, Zohor dan Magrib sekarang ni cepat? Ini adalah kerana wujudnya fenomena alam semula jadi dikenali sebagai Fenomena Analemma. Fajar terawal adalah pada 1 November dan senja terawal adalah pada 5 November nanti iaitu berlaku pada bulan depan. Waktu ini adalah waktu yang sempurna bagi 'satu hari' iaitu terbit fajar adalah sekitar pukul 7.00 am, tergelincirnya matahari adalah sekitar 1.00 pm dan terbenamnya matahari pada 7.00pm. Untuk keterangan lanjut mengenai fenomena ini, sila klik sini.

Monday, October 4, 2010

Mesin Pemecut Atom - Membongkar rahsia asal-usul alam semesta





Satu mesin pemecut atom/zarah telah dibina di Geneve, Swizerland. Mesin tersebut dinamakan sebagai Large Hadron Collider (LHC) iaitu pemecut zarah paling besar dan berkuasa tinggi di dunia pernah dibina oleh manusia. Pembinaan mesin tersebut menelan kos sebanyak 9 billion US atau kira-kira RM36 billion, peralatan saintifik paling mahal di dunia. Dibina dalam bentuk bulatan sepanjang 27 kilometer dalam terowong bawah tanah pada kedalaman 50-170 m oleh CERN (Penyelidikan Nuklear Eropah) melibatkan 10,000 saintis dari 100 buah negara termasuk beberapa buah universiti dan makmal sains.

Tujuan utama mesin ini dibina adalah untuk mengkaji zarah iaitu bahan paling kecil yang membina jirim/jasad dalam usaha memahami lebih mendalam asal-usul alam semesta. Dari hasil kajian ini, saintis mengharapkan agar persoalan seperti apakah daya yang memegang zarah-zarah (proton,neutron dan elektron) dalam atom dan kaitan kuantum mekanik dengan ruang dan masa akan terjawab.

Antara kajian tersebut melibat pemecutan zarah yang berkelajuan lampau tinggi yang kemudiannya berlanggar antara satu sama lain, keadaan yang sama semasa permulaan pembentukkan alam semesta (Bing Bang). Satu pemancar akan memancarkan 3000 gugusan zarah dan setiap gugusan zarah mengandungi 100 billion zarah. Dua pemancar akan memancarkan zarah-zarah tersebut yang seterusnya dipecutkan dengan kelajuan lampau tinggi. Apabila pelanggaran berlaku, sebanyak 20 perlanggaran antara 200 billion zarah akan berlaku dalam masa 30 billion kali persaat. Satu pancaran akan dipecutan selama 10 jam dengan laluan sejauh 10 billion kilometer, cukup untuk perjalanan ke planet Neptune pergi dan balik. Pada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya, satu proton dalam LHC membuat 11,245 pusingan setiap saat.

Pelbagai aspek saintifik akan dikaji dalam perlanggaran tersebut. Kalau anda perasan, dalam salah satu babak dalam filem Terminator ada menayangkan LHC ini di mana 'alien' terlekat dan melebur pada mesin magnetik yang sedang diaktifkan.


Namun begitu pembinaan mesin tersebut mendapat tentangan dari beberapa saintis. Mereka menyatakan kebimbangan terhadap kesan dari kajian mesin tersebut; antaranya termasuklah terbentuknya Lubang Hitam (Black Hole) yang boleh menelan alam semesta dan pembentukan Zarah Aneh (Strangelets) yang menukar zarah kepada bentuk-bentuk tidak stabil dan penghasilan sinar kosmik. Namun begitu, kebimbingan tersebut tidak berasas kerana galaksi kita sendiri (bima sakti) sentiasa terdedah kepada Lubang Hitam dan Zarah Aneh yang terletak di alam semesta itu sendiri.

Manusia semakin maju dengan perkembangan teknologi sains. Dunia sains terus mengkaji alam semester yang maha luas hingga ke bahan asas alam semesta yang amat kecil demi mencari jawapan terhadap kejadian alam dan mengenal manusia itu sendiri.


Saturday, October 2, 2010

Turun pangkat dan tukar tempat kerja je ker?


Hairan betul koi.. apa nak jadi sekarang ni... 10 anggota polis hanya dikenakan tindakan tukar tempat kerja dan seorang inspektor diturunkan pangkat setelah didapati terlibat dalam kes mencuri dadah 40kg yang juga merupakan bahan bukti bagi satu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. Bahan bukti tersebut adalah rampasan dadah katamine seberat 700kg dengan nilaian pasaran RM200juta di Rompin, Pahang pada 2 Mei tahun lalu. Sepatutnya mereka ini patut dikenakan hukuman yang setimpal.. harapkan pagar.. pagar makan padi. Dah la pecah amanah.. mencuri pulak tu. Cuba bandingkan dengan kes kejadian mencuri susu tepung bayi di sebuah pasaran.. mana lebih berat hukuman?

Lagi hairannya, pemilik kenderaan (lori ais) yang membawa dadah tersebut terlepas dari hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah dengan alasan teknikal. Ironiknya, kes liwat Anuar Ibrahim yang serba-serbi kekurangan bukti masih diteruskan.... entahlah bila la kesudahannya. Baguslah kalau Menteri Dalam Negeri mengarahkan mereka ini disiasat di bawah Kod Panel. Undang-undang sepatutnya tidak mengira siapa pun mereka.