Sunday, July 18, 2010

Kenaikan harga keperluan asas : moh kita renung-renungkan!








Koi terbaca satu artikel menarik dari blog batu vs kayu mengenai 'rasional' isu kenaikan harga barangan keperluan asas, bagaimana rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin boros tanpa had..... moh kita renung-renungkan.. kerana memang ada kebenarannya!

Paling koi menyampoh sekali adalah bila senarai harga barangan yang baru naik tu dibandingkan pula dengan senarai harga dari negara jiran.... cukai kenderaan, cukai jalan, tol lebuhraya tidak pula dibandingkan.... dan pada mereka yang bersikap' tidak apa' atau terpedaya dengan cerita mengatakan bahawa bagi negara lain, harga keperluan tersebut adalah jauh lebih tinggi; samalah seperti seorang ayah yang amat berpuasa hati apabila anaknya yang belajar di sekolah mendapat kedudukkan no. 20 dari 30 dlm kelasnya, kerana baginya no. 20 lebih baik berbanding anak orang lain yang mendapat kedudukkan no. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel/gas LPG sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya?

Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.



6 comments:

a kl citizen said...
This comment has been removed by the author.
a kl citizen said...

apa nak dikata lagi?
sudah terang lagi bersuluh...
tapi ramai dari kita yang masih memejam mata dek kena silau suluhan tersebut..

terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, memang terasa amat bebannya akibat dari kenaikan harga barangan ini, tapi apakan daya kita ni hanya insan biasa..

Omen Necrofis said...

So kita kene gunakanlah sebaik-baiknya kuasa kita dalam PRU-13 nanti supaya kita tidak akan terbeban lagi...

Jejaka Desa said...

Burung terkukur yang mengangguk sokmo pun boleh kene sembelih weh...

CekWa said...

Memang amat dirasai oleh golongan sederhana mcm kome nih...