Tuesday, July 13, 2010

Kena Bancian Penduduk dan Perumahan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mulai 6 Julai hingga 22 Ogos ini.


Petang semalam dalam pukul 6.30 petang, rumah koi telah didatangi oleh seorang pegawai Pembanci dari Jabatan Perangkaan Kota Bharu, Kelantan. Mungkin dia terpaksa datang lewat petang memandangkan koi bekerja di siang hari.

Koi ingat ker hanya sedikit maklumat yang diperlukan rupa-rupanya banyak betul maklumat yang dikehendaki termasuklah bilangan ahli keluarga, jumlah pendapatan keluarga, tarikh lahir, peralatan dalam rumah, pekerjaan, pendidikan dsb.

Koi memberikan segala maklumat yang diperlukan, namun dalam hati kecil koi ini sangsi tentang maklumat yang telah diberikan. Bukannya apa..takut-takut la jadi macam melanggan kad kredit kat mana-mana bank konvensional. Kita bagi data-data peribadi siap dengan slip gaji dan salinan IC lagi. Kemudian bila sahaja memperolehi kad kredit tersebut, ada sahaja individu yang cuba menelefon untuk menawarkan pakej-pakej tertentu. Lebih teruk lagi kalau individu tersebut cuba mendapatkan nombor id pada belakang kad kredit tersebut untuk tujuan penipuan. Dengan kata lain, maklumat kita telah didedahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab kepada pihak yang juga tidak bertanggungjawab.

Pada telahan koi, mungkin bancian ini juga ada kaitan dengan perancangan awal untuk menghadapi PRU ke-13 berkenaan dengan bilangan pengundi yang mungkin akan digunakan oleh SPR dengan sebaik mungkin (utk tujuan persempadanan semula kawasan). Memanglah pegawai banci tersebut mengatakan bahawa data adalah sulit, hatta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun tidak ada akses dari bancian tersebut. Tetapi dalam keadaan negara kita sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Orang politik akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka termasuk mendapatkan khidmat syarikat asing; lebih bahaya jika maklumat pertahanan negara berada dalam tangan mereka. Koi tidak mahu menyebut nama syarikat tersebut..khabarnya dah melabur dekat RM77 juta.. tak tahu betul atau tidak.. tetapi tiada penafian pernah dibuat menanganinya....kalau data-data keselamatan pun boleh bagi /lepas ketangan orang asing.. apatah lagi data-data maklumat peribadi individu ...tetapi itu hanya telahan koi sahaja, tiada kene mengena dengan sesiapa pun!

"Segala maklumat yang diberi individu dijamin sulit serta tidak boleh dihebohkan dan kerajaan akan menggunakan hasil maklumat untuk perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara". itu jaminan yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan, harap-harap begitulah hendaknya.

Apa pun nasihat koi berilah maklumat yang setepat mungkin dalam bancian tersebut. Jangan pula kita menghalang atau menghalau kerja-kerja mereka. Kalau kita memudahkan kerja seseorang.. insyaalah Allah akan memudahkan kerja-kerja kita di kemudian hari.



3 comments:

Cik SHiNJU said...

dgr citernyer kat Kelantan
MB mmg arahkan bancian dibuat waktu ptg-mlm...sbb siang2 xdok org kat umoh...

Jejaka Desa said...

Jangan ande yang menyamor dah la

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

yup sekarang ni mereka semua tak percaya kat banci-banci ni... tu yang dia tak layan