Thursday, July 22, 2010

Struktur Dalaman Bumi Kita

Tahukah anda bagaimana struktur bumi dan apakah kandungan utama dalam perut bumi kita?

Persoalan sebegini sudah semestinya pernah terfikir oleh kita. Kajian mengenai kandungan bumi dijalankan oleh ahli geologi. Bidang geologi yang terlibat dalam kajian ini dinamakan sebagai volkanologi dan seismologi. Dari pentafsiran data seismik, bumi mempunyai 3 struktur utama iaitu kerak, mantel dan teras. Ketiga-tiga struktur tersebut mempunyai ketebalan yang berbeza-beza dan terbina daripada beberapa jenis batuan yang juga berbeza-beza. Kedalaman bumi atau jejari bumi sehingga ke pusatnya adalah dianggarkan 6,378km.

Kerak bumi

Ketebalan kerak bumi adalah kira-kira 100km. Mempunyai dua lapisan batuan utama iaitu batuan granit atau garnitoid, batuan metamorf, batuan enapan di bahagian atas (termasuk permukaan bumi) dan batuan basalt di bahagian bawah. Pengerudian paling dalam yang pernah dilakukan oleh manusia adalah sedalam 12km yang dilakukan di Semenanjung Kola, Russia dalam projek penjelajahan dasar laut.

Mantel

Sempadan yang memisahkan kerak bumi dan mantel dikenali sebagai Ketakselanjaran Mohorovicic. Mantel terbahagi kepada 3 lapisan iaitu mantel atas (~400km), zon perantaraan (~600km) dan mantel bawah (~1800km). Kunci kepada masalah bumi seperti asal usul magma, gunung berapi, gempa bumi dan hanyutan benua terdapat dibahagian mantel atas dan zon perantaraan. Pengecaman bahan-bahan mantel dibuat berdasarkan sampel yang diambil dari lava gunung berapi yang kemudiannya diuji di makmal (dengan suhu dan tekanan seperti yang terdapat pada kedalaman kira-kira 400km). Dari ujikaji, didapati bahawa bahan mantel terdiri daripada dua batuan sahaja iaitu batuan dunit dan peridotit sahaja. Batuan ini terdiri dari mineral silikat magnesium-besi yang selalunya mengandungi berlian. Magma di Hawaii berasal dari kedalaman 60km manakala kewujudan berlian adalah dari kedalaman lebih dari 100 km. Kandungan batuan dalam mantel bawah adalah homogen dan lebih padat dengan mineral ilmenit dan periklas. Perlu diingatkan bahawa sesuatu batuan itu adalah terbina dari gabungan beberapa jenis mineral.

Teras

Teras bumi terbahagi kepada dua bahagian iaitu teras luar dan teras dalam. Kandungan utamanya adalah nikel dan besi di mana berbentuk cecair pada teras luar dan pepejal pada teras dalam. Perolakan besi dalam teras cecair memainkan peranan yang penting terhadap penghasilan medan magnet bumi. Kebanyakkan tahi bintang atau komet adalah terdiri daripada campuran nikel-besi dan ini memberikan gambaran bahawa serpihan-serpihan tersebut mungkin berasal dari beberapa buah planet yang telah termusnah.

Dari kajian sains ini, terbuktilah bahawa struktur dalaman bumi terbahagi kepada 7 lapisan seperti yang tersebut dalam kitab suci Al-Quran. Allah maha besar lagi maha mengetahui.

Sunday, July 18, 2010

Kenaikan harga keperluan asas : moh kita renung-renungkan!








Koi terbaca satu artikel menarik dari blog batu vs kayu mengenai 'rasional' isu kenaikan harga barangan keperluan asas, bagaimana rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin boros tanpa had..... moh kita renung-renungkan.. kerana memang ada kebenarannya!

Paling koi menyampoh sekali adalah bila senarai harga barangan yang baru naik tu dibandingkan pula dengan senarai harga dari negara jiran.... cukai kenderaan, cukai jalan, tol lebuhraya tidak pula dibandingkan.... dan pada mereka yang bersikap' tidak apa' atau terpedaya dengan cerita mengatakan bahawa bagi negara lain, harga keperluan tersebut adalah jauh lebih tinggi; samalah seperti seorang ayah yang amat berpuasa hati apabila anaknya yang belajar di sekolah mendapat kedudukkan no. 20 dari 30 dlm kelasnya, kerana baginya no. 20 lebih baik berbanding anak orang lain yang mendapat kedudukkan no. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel/gas LPG sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya?

Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.



Tuesday, July 13, 2010

Kena Bancian Penduduk dan Perumahan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mulai 6 Julai hingga 22 Ogos ini.


Petang semalam dalam pukul 6.30 petang, rumah koi telah didatangi oleh seorang pegawai Pembanci dari Jabatan Perangkaan Kota Bharu, Kelantan. Mungkin dia terpaksa datang lewat petang memandangkan koi bekerja di siang hari.

Koi ingat ker hanya sedikit maklumat yang diperlukan rupa-rupanya banyak betul maklumat yang dikehendaki termasuklah bilangan ahli keluarga, jumlah pendapatan keluarga, tarikh lahir, peralatan dalam rumah, pekerjaan, pendidikan dsb.

Koi memberikan segala maklumat yang diperlukan, namun dalam hati kecil koi ini sangsi tentang maklumat yang telah diberikan. Bukannya apa..takut-takut la jadi macam melanggan kad kredit kat mana-mana bank konvensional. Kita bagi data-data peribadi siap dengan slip gaji dan salinan IC lagi. Kemudian bila sahaja memperolehi kad kredit tersebut, ada sahaja individu yang cuba menelefon untuk menawarkan pakej-pakej tertentu. Lebih teruk lagi kalau individu tersebut cuba mendapatkan nombor id pada belakang kad kredit tersebut untuk tujuan penipuan. Dengan kata lain, maklumat kita telah didedahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab kepada pihak yang juga tidak bertanggungjawab.

Pada telahan koi, mungkin bancian ini juga ada kaitan dengan perancangan awal untuk menghadapi PRU ke-13 berkenaan dengan bilangan pengundi yang mungkin akan digunakan oleh SPR dengan sebaik mungkin (utk tujuan persempadanan semula kawasan). Memanglah pegawai banci tersebut mengatakan bahawa data adalah sulit, hatta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun tidak ada akses dari bancian tersebut. Tetapi dalam keadaan negara kita sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Orang politik akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka termasuk mendapatkan khidmat syarikat asing; lebih bahaya jika maklumat pertahanan negara berada dalam tangan mereka. Koi tidak mahu menyebut nama syarikat tersebut..khabarnya dah melabur dekat RM77 juta.. tak tahu betul atau tidak.. tetapi tiada penafian pernah dibuat menanganinya....kalau data-data keselamatan pun boleh bagi /lepas ketangan orang asing.. apatah lagi data-data maklumat peribadi individu ...tetapi itu hanya telahan koi sahaja, tiada kene mengena dengan sesiapa pun!

"Segala maklumat yang diberi individu dijamin sulit serta tidak boleh dihebohkan dan kerajaan akan menggunakan hasil maklumat untuk perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara". itu jaminan yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan, harap-harap begitulah hendaknya.

Apa pun nasihat koi berilah maklumat yang setepat mungkin dalam bancian tersebut. Jangan pula kita menghalang atau menghalau kerja-kerja mereka. Kalau kita memudahkan kerja seseorang.. insyaalah Allah akan memudahkan kerja-kerja kita di kemudian hari.