Tuesday, May 4, 2010

Mencandat sotong

Bermula dari pengkalan Petah, Bachok, koi bertolak ke perairan Kelantan untuk mencandat sotong di sebelah malam dan memancing ikan pada pagi keesokkannya. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk ke kawasan atau 'kandang' sotong. Aktiviti ini tidak sesuai kepada yang mabuk laut.. kalau pergi juga..boleh muntah hijau.. letih.. mual.. loya ..luga dan paling kritikal boleh pitam. Nak tahu samada kita ni jenis mabuk laut atau tak senang je... cuba membaca di dalam kenderaan yang bergerak... kalau tak boleh membaca.. pening.. itu maknanya anda seorang yang mudah mabuk laut. Masa perjalanan pergi ini, ombak kuat memukul pantai, bot teruk terumbang-ambing, tapi koi cool je. even dalam hati cuak giler.. takut bot terbalik.... Dah lima tahun koi tak pernah miss aktiviti mencandat sotong.

Ini suasana di kandang sotong... masa koi sampai tuh dah ada at least 20 buat bot kat situ termasuklah bot pukat tunda.... sebijik macam pasar malam.. dengan bunyi botnya.. dengan kilauan lampu neonnya.... tapi x byk sotong koi dapat pasal bot pukat tunda dah pukat banyak sotong kat kandang tuh....

Ini pula suasana pada awal pagi.. setelah 5 jam koi tertido dalam bot.... bukan mabuk tapi boring pasal tak dapat banyak sotong.... so pada sebelah pagi bermulalah aktiviti memancing ikan.

Koi banyak dapat tangkap ikan kerisi dan ikan tamban sahaja.. besar-besar pulak tu. Tapi tekong koi dapat menaikkan ikan aebeck seberat 10 kg dan ikan kacang seberat 5kg (Nama pun tekong, mesti banyak pengalaman). Kalu ikan tu tersangkut kat joran koi.. mau patah nam sbb joran koi utk mancing di daratan shj... .... ikan-ikan kecik mcm ikan kerisi, tamban, selar kuning bole la. kalu tak patah joran.. mau koi ditarik ikan ke laut dgn joran2nya sekali hik hik hik.

4 comments:

Don Balon said...

Li..
betullah kata pepatah melayu..
Kalau kail panjang 8 jengkal..
jangan mengail di Jengka 8...kuikui

masMZ said...

Mana bahan bukti hasil tangkapan? Takkan cerita je?!!! Hehehe... ;p

Omen Necrofis said...

Mader.... lama dah x mancing di sg. Pahang...

mas.... tak sempat ambik gambar hasil tangkapan.. kodak dan dan je abih... kui kui

Webmaster@Echam said...

Don, Hebat pantun aok wehhhh.. Tak terpikir koi...

Li,
Aok selalu ke Royal Belum dok.. Nanti msg koi no tepon aok ye... Ni no koi 012-2472467....