Monday, May 31, 2010

Akhirnya C. Highlands mempunyai jalanrayanya sendiri

Jalan masuk dari Ringlet, C. Highlands yang terletak di hadapan stesen petrol SHELL

Akhirnya sebatang jalanraya telah dibina yang menghubungkan Ringlet, C. Highlands ke Bos Betau, Lipis. Sebelum ini untuk ke C. Highlands, perlu melalui samada Tapah atau Simpang Pulai, Perak atau melalui Lojing, G. Musang. Kira-kira 10 km di bahagian Ulu Bertam sedang dalam pembinaan yang melibatkan kerja-kerja peletupan batuan manakala selebihnya telah siap dari Pos Betau. Perjalanan dari Pos Betau akan melalui beberapa perkampungan orang asli manakala di bahagian C. Higlands memperlihatkan pemandangan indah di kawasan pergunungan Banjajaran Titiwangsa.


Friday, May 28, 2010

Kemalangan di lencongan Cegar Perah

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan dari Bentong ke Gua Musang... koi sempat melihat satu kejadian kemalangan jalanraya dekat jalan lencongan dekat Cegar Perah di mana kereta berlanggar secara berhadapan dengan kereta... koi rasa keter wira meroh ti yang saloh pasal makan jalan... yang ironiknya... keter meroh tu baru memotong keter koi... tup tup.. eksiden plak kat depan... koi tak sempat nak bhenti.. pasal ada meeting kat gua musang... mmg teruk kalu terlibat dlm eksiden... rugi harta benda satu hal... rugi masa menung di sepital la yg paling teruk.... pas sembuh kene setel dgn kenderaan kiter.. peh tu kene setel kat mahkamah ngadap tok hakim... so dgn kata lain.. berhati-hatilah di jalanraya... even kita tahu.. kadang-kadang eksiden boleh berlaku akibat kecuaian org lain...... koi mmg takut bawak laju2 ni... bawak dalam 80-90 tu standart la...

Monday, May 17, 2010

Keindahan awal pagi di Pantai


Pantai Batu Hitam, Kuantan


Pemandangan menghala ke Bukit Pelindung, dibelakangnya adalah Teluk Cempedak.


Pemandangan menghala ke Pelabuhan Kuantan.


Pantai Balok, Kuantan

Tuesday, May 4, 2010

Mencandat sotong

Bermula dari pengkalan Petah, Bachok, koi bertolak ke perairan Kelantan untuk mencandat sotong di sebelah malam dan memancing ikan pada pagi keesokkannya. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk ke kawasan atau 'kandang' sotong. Aktiviti ini tidak sesuai kepada yang mabuk laut.. kalau pergi juga..boleh muntah hijau.. letih.. mual.. loya ..luga dan paling kritikal boleh pitam. Nak tahu samada kita ni jenis mabuk laut atau tak senang je... cuba membaca di dalam kenderaan yang bergerak... kalau tak boleh membaca.. pening.. itu maknanya anda seorang yang mudah mabuk laut. Masa perjalanan pergi ini, ombak kuat memukul pantai, bot teruk terumbang-ambing, tapi koi cool je. even dalam hati cuak giler.. takut bot terbalik.... Dah lima tahun koi tak pernah miss aktiviti mencandat sotong.

Ini suasana di kandang sotong... masa koi sampai tuh dah ada at least 20 buat bot kat situ termasuklah bot pukat tunda.... sebijik macam pasar malam.. dengan bunyi botnya.. dengan kilauan lampu neonnya.... tapi x byk sotong koi dapat pasal bot pukat tunda dah pukat banyak sotong kat kandang tuh....

Ini pula suasana pada awal pagi.. setelah 5 jam koi tertido dalam bot.... bukan mabuk tapi boring pasal tak dapat banyak sotong.... so pada sebelah pagi bermulalah aktiviti memancing ikan.

Koi banyak dapat tangkap ikan kerisi dan ikan tamban sahaja.. besar-besar pulak tu. Tapi tekong koi dapat menaikkan ikan aebeck seberat 10 kg dan ikan kacang seberat 5kg (Nama pun tekong, mesti banyak pengalaman). Kalu ikan tu tersangkut kat joran koi.. mau patah nam sbb joran koi utk mancing di daratan shj... .... ikan-ikan kecik mcm ikan kerisi, tamban, selar kuning bole la. kalu tak patah joran.. mau koi ditarik ikan ke laut dgn joran2nya sekali hik hik hik.