Sunday, April 4, 2010

Apa akan jadi jika bumi tidak mempunyai bulan?




Usia bumi adalah dianggarkan berusia 4.6 billion tahun lampau. Pada usia awal pembentukan bumi, permukaan bumi adalah diselaputi oleh lautan magma, gas-gas dan aktiviti-aktiviti volkanik. Adalah dipercayai bahawa jutaan tahun selepas bumi baru terbentuk telah berlaku satu perlanggaran secara sisi dengan satu planeteriod yang besar lalu menyebabkan 'menyemburan' asteroid-asteriod kecil ke angkasa. Sebahagian dari asteriod-asteriod kecil ini bergabung dan membentuk bulan yang terus mengorbit bumi hingga ke hari ini. Kedudukan bumi dan bulan adalah terikat oleh daya graviti antara satu sama lain. (Daya graviti adalah daya tarikan menghala ke pusat sesuatu planet; daya yang menyebabkan kita tidak terawang-awang ke udara). Walau bagaimanapun, bulan akan menjauhi bumi sebanyak 1 setengah inci setiap tahun akibat daya emparan. Kewujudan bulan ciptaan Allah ini amat mempengaruhi kehidupan di bumi. Terfikirkah kita apa akan terjadi jika bumi tidak mempunyai bulan?
  1. Sebelum bulan terbentuk, bumi mengalami perubahan hari selama 8 jam sahaja iaitu 4 jam siang dan 4 jam malam. Selepas perlanggaran tersebut, putaran bumi menjadi perlahan kepada 24 jam.
  2. Bumi tidak akan mempunyai kutub utara dan kutub selatan yang tetap dan tidak akan wujud kawasan khatulistiwa dan 4 musim seperti yang dialami di Eropah.
  3. Laut tidak akan ada pasang-surut.
  4. Iklim bumi akan menjadi ekstrim seperti ribut petir, banjir, kemarau, ombak laut yang sentiasa bergelora, iklim panas dan sejuk yang ekstrem.
  5. Yang paling nyata sekali, tiadalah kalendar bulan qamariah- tidak boleh nak tetapkan tarikh hari raya dsb.
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An´am: 97)

No comments: