Thursday, April 29, 2010

Bagaimana bukit batu kapur terbentuk?


Rajah menunjukkan pembentukkan bukit batu kapur.


Bukit batu kapur Batu Caves, Gombak, Selangor.


Bukit batu kapur Gunung Senyum, Jengka, Pahang.

Bukit Batu Kapur Gua Musang, Kelantan


Bukit batu kapur Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang

Bumi Malaysia mempunyai 3 jaluran bukit batu kapur iaitu:-
  • jaluran barat (Bkt. Chuping, Perlis-Bkt. Kodiang,Kedah- Gua Tempurung, Perak- Bt. Caves,Selangor); usia: Ordovoci-Devon (505-360 juta tahun)
  • jaluran tengah (G. Reng-Gua Musang, Kelantan- Gua Bama, Kota Gelanggi, Pahang); usia: Triassik(245-208 juta tahun)
  • jaluran timur (Gua Bewah, Terengganu- Gua Mengapur, Pahang); usia: Karbon-Permian (360-245 juta tahun).
Setiap jaluran tersebut mempunyai usia dan jenis batu kapur yang berbeza. Pembentukkannya mengambil masa yang teramat lama melampaui ratusan juta tahun. Usianya dapat ditentukan melalui fosil-fosil marin yang terkandung di dalamnya. Secara fizikal, kajian makmal menunjukan batu kapur adalah salah satu batuan yang amat keras sifatnya tetapi amat mudah terlarut dan terurai, walau pun terkena air hujan. Sisa penguraian batu kapur dipanggil sebagai 'terra rossa' dan kebanyakanya berwarna merah. Batu kapur adalah batuan sedimen yang terbentuk oleh pemendapan dan pelarutan bahan berkarbonat di kawasan marin purba melalui proses biokimia.

Gua-gua sering terdapat di dalam bukit batu kapur hasil dari pelarutan air bawah tanah. Gua-gua ini juga menjadi tempat kediaman manusia kuno seperti yang dilaporkan di G. Bewah, Terengganu dan di Lenggong, Perak.

Kawasan batu kapur adalah antara kawasan sensitif alam sekitar. Kejadian yang kerap berlaku di kawasan tersebut adalah runtuhan batuan dan lubang benam. Di bahagian tebing-tebingnya mempunyai banyak batuan yang tergantung dan tidak stabil akibat ketakselarasan batuan (sesar, kekar). Sebagai contoh, kejadian runtuhan bongkah batu kapur telah berlaku di bukit batu kapur G. Cheroh, Perak pada tahun 1973 telah meragut 42 nyawa penduduk di sekitar kaki bukit tersebut. Kejadian lubang benam juga telah berlaku di Kem Oren, Perlis dan G. Reng, Kelantan.

Oleh itu sebarang pembangunan di sekitarnya haruslah dipantau oleh ahli kajibumi; dan ia semestinya perlu diperlihara kerana menyimpan sejarah bumi serta mempunyai nilai estatik dan ekopelancongan yang tinggi.

Sunday, April 25, 2010

Kabus pagi di K. Bharu




Suasana yang jarang berlaku di Kota Bharu; kabus tebal di awal pagi. Menurut penduduk tempatan, kejadian kabus menandakan bahawa musim kemarau akan berlaku. Menariknya kejadian sebegini sering berlaku sekali sahaja dan berlaku dalam bulan April .Tahun 2009, kejadian kabus tebal berlaku pada tanggal 6 April dan tahun ini ia berlaku pada 13 April.

Wednesday, April 21, 2010

Indahnya bumiku...


Suasana awal pagi yang mendamaikan jiwa kepada pencinta alam!
Pos Brooke, Lojing, G. Musang

Monday, April 12, 2010

Besarnya buah!


Foto ini dirakankan di Felda Chemonoi, Bentong, Pahang yang menunjukkan replika buah sawit yang diperbuat dari simen konkrit. Kalau buahnya sebesar ini... macamana pulak pokoknya ye! Kilang sawit mana pulak yang boleh proses buah ni...

Thursday, April 8, 2010

Sarapan Pagi seorang MB

From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

Dari Blog http://alhusseyn51.blogspot.com

Sunday, April 4, 2010

Apa akan jadi jika bumi tidak mempunyai bulan?




Usia bumi adalah dianggarkan berusia 4.6 billion tahun lampau. Pada usia awal pembentukan bumi, permukaan bumi adalah diselaputi oleh lautan magma, gas-gas dan aktiviti-aktiviti volkanik. Adalah dipercayai bahawa jutaan tahun selepas bumi baru terbentuk telah berlaku satu perlanggaran secara sisi dengan satu planeteriod yang besar lalu menyebabkan 'menyemburan' asteroid-asteriod kecil ke angkasa. Sebahagian dari asteriod-asteriod kecil ini bergabung dan membentuk bulan yang terus mengorbit bumi hingga ke hari ini. Kedudukan bumi dan bulan adalah terikat oleh daya graviti antara satu sama lain. (Daya graviti adalah daya tarikan menghala ke pusat sesuatu planet; daya yang menyebabkan kita tidak terawang-awang ke udara). Walau bagaimanapun, bulan akan menjauhi bumi sebanyak 1 setengah inci setiap tahun akibat daya emparan. Kewujudan bulan ciptaan Allah ini amat mempengaruhi kehidupan di bumi. Terfikirkah kita apa akan terjadi jika bumi tidak mempunyai bulan?
  1. Sebelum bulan terbentuk, bumi mengalami perubahan hari selama 8 jam sahaja iaitu 4 jam siang dan 4 jam malam. Selepas perlanggaran tersebut, putaran bumi menjadi perlahan kepada 24 jam.
  2. Bumi tidak akan mempunyai kutub utara dan kutub selatan yang tetap dan tidak akan wujud kawasan khatulistiwa dan 4 musim seperti yang dialami di Eropah.
  3. Laut tidak akan ada pasang-surut.
  4. Iklim bumi akan menjadi ekstrim seperti ribut petir, banjir, kemarau, ombak laut yang sentiasa bergelora, iklim panas dan sejuk yang ekstrem.
  5. Yang paling nyata sekali, tiadalah kalendar bulan qamariah- tidak boleh nak tetapkan tarikh hari raya dsb.
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An´am: 97)