Thursday, February 4, 2010

Kenapa berlaku hakisan pantai?


Hakisan ombak di Kampung Pantai Tok Jembal seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian (edisi timur) 4 Februari 2010.


Beting pasir berperanan untuk menghalang atau mengurangkan hempasan/deruan ombak ke pantai.



Hakisan di pantai Tok Jempal, K. Terengganu yang kini telah sampai ke jalanraya. Jalanraya sepanjang dua km telah runtuh dihakis ombak.


Hakisan pantai di Pantai Sabak. Garis pantai dahulunya pernah dinyatakan berada pada kedudukkan sehingga 1 km dari keadaan sekarang.


Di pantai timur, kejadian hakisan pantai sering diperkatakan. Terkini kesan hakisan begitu ketara sehingga telah sampai ke jalanraya seperti yang berlaku di pantai Tok Jembal, K. Terengganu. Jalan sepanjang 2 km telah runtuh dihakis ombak. Hakisan di kawasan berkenaan semakin teruk di mana sekurang-kurangnya 100 m pantai sudah menjadi laut sejak musim tengkujuh hujung tahun lalu.

Apakah punca terjadinya hakisan pantai tersebut?

Punca kejadian tersebut adalah kerana perbuatan manusia dan kedaifan manusia itu sendiri. Tahukah anda bahawa sungai-sungai yang mengalir ke laut tidak hanya membawa air tawar, malah juga membawa sedimen-sedimen (mendapan) terutamanya pasir. Pasir-pasir akan terenap di muara atau delta sungai di mana luahannya saban tahun ke tahun akan membentuk beting-beting pasir selari dengan garis pantai. Beting-beting pasir ini berperanan untuk menghalang, memperlahankan deruan ombak atau sekurang-kurangnya mencetekkan kawasan pantai. Oleh itu, ketiadaan beting-beting pasir ini menyebabkan deruan ombak terus menghempas ke pantai lalu menghakis pantai tanpa sekatan.

Bagaimana beting-beting pasir ini boleh 'hilang'?

Kegiatan pengorekan pasir di sungai-sungai adalah sebab utama (baca sebagai dosa utama) mengapa beting-beting tidak dapat dibentuk. Kegiatan ini dapat kita lihat dengan jelas di Sungai Kelantan dan di K. Terengganu. Pasir dikorek samada bagi tujuan mendalamkan sungai atau untuk memperolehi pasir utk tujuan pembangunan. Kejadian hakisan di pantai Tok Jembal bolehlah dikaitkan dengan projek menambak laut untuk pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Projek menambak laut semestinya memerlukan kuantiti pasir yang banyak. Pengambilan dalam kuantiti yang besar menyebabkan tiada lagi luahan pasir ke laut bagi membentuk mendapan pasir. Oleh itu, pengambilan pasir mesti dikawal untuk mengimbangi hakisan ombak dan kesedaran perlu dipupuk kepada orang ramai. Dalam kes ini, kesinambungan alam telah diganggu oleh aktiviti manusia. Benarlah kata Firman Allah bahawa kemusnahan alam adalah akibat tangan manusia itu sendiri.


7 comments:

Don Balon said...

Terima kasih Li ateh info aok yang amat berguna tu.. :)

Anonymous said...

Small matter!.... ilmu untuk dikongsi bersama. -Necrofis

faziek uyun said...

ur info are helpful in completing my assignmen..thanks

Noormazni Kalil said...
This comment has been removed by the author.
Noormazni Kalil said...

salam.boleh tak saya ambik maklumat saudara bg tujuan presentation saya.terima kasih

Anonymous said...

Noormazni.... boleh no hal! -Necrofis

CyBer SiX@6 said...

bolehkah saya download gambar2 dari blog anda???