Sunday, January 3, 2010

Menangkap belut





Entry kali ini di tahun baru ini koi nanti kongsi pengalaman mengenai cara menangkap belut yang dilakukan oleh penangkap-penangkap belut di kawasan-kawasan sawah sekitar Kota Bharu. Ramai org tak mengetahui bahawa sebagian besar kawasan Jajahan Kota Bharu adalah di kelilingi oleh sawah padi. Kalau kita naik kapal terbang, kita akan nampak kawasan sawah padi yang luas terbentang. Sup belut amat popular atau 'tersohor' di Kelantan. Kalau pergi mana2 bandar di Klate, kita bole jumpa kedai sup belut ini. Tapi koi tak pernah makan mendalah ni.. geli ya amat... keli pun koi x makan.. inikan pula belut yang dah macam subspesies ular.

Koi tak tahu la rakan-rakan bloger sekalian pernah melihatnya sebelum ini, tapi bagi koi inilah kali pertama koi melihat orang menangkap belut di kawasan sawah. Selama ini koi ingkatkan diorang guna kaedah memancing atau menimba lopak-lopak air. Rupa-rupa diorg guna satu kaedah yang ringkas serta mudah tanpa perlu berjam-jam memancing atau menimba bergelen -gelen air lopak. kaedah yang diorg pakai adalah mengecas aliran elektrik dari bateri melalui dua batang rod ke dalam takung air dalam sawah padi. Batang rod itu di tusuk-tusuk kedalam lopak-lopak air, kalau ada belut ia akan mengelepar ('selok' kata org tempatan) dan lemah. Kemudian boleh terus tangkap belut tu tanpa berpenat lelah. Senangkan!



No comments: