Sunday, January 17, 2010

Luluhawa batuan granit


Gred 1 (batuan segar)


Gred 3


Gred 4 (luluhawa mineral biotit membentuk oksid besi dan memberikan warna merah terhadap tanah sisa granit.)


Gred 5 (tanah sisa granit yang mengandungi butiran pasir dan mineral lempung berwarna merah)

Gambar-gambar menunjukkan gred-gred luluhawa yang berbeza bagi batu granit. Proses luluhawa ialah proses pemecahan batuan yang ada di permukaan bumi sehingga membentuk butiran atau zarah yang lebih kecil. Dengan kata lain, proses luluhawa menukarkan batuan kepada tanah. Proses penukaran ini berlaku dengan kadar yang amat perlahan dan melibatkan masa sehingga ratusan juta tahun bergantung kepada faktor fizikal, kimia dan biologi. Proses luluhawa berlaku kerana berlakunya berbeza persekitaran semasa batuan ini terbentuk (pada suhu>600 darjah celcius, tekanan tinggi pada kedalaman > 10km) dan bergantung kepada faktor fizikal, kimia dan biologi. Apabila batuan ini terdedah, suhu, tekanan dam kedalaman batuan tersebut telah berubah, oleh itu proses luluhawa pun berlaku. Di Malaysia, faktor yang mempengaruhi luluhawa batuan adalah iklim dan topografi.

Hampir keseluruhan banjaran Titiwangsa adalah terdiri dari batuan granit. Dalam geologi kejuruteraan, batuan ini dikelaskan antara batuan yang paling keras sifatnya tetapi apabila telah terluluhawa, batuan ini amat lemah sifatnya. Apabila batuan granit terluluhawa sepenuhnya, mineral-mineral pembentuk batuan akan bertukar menjadi tanah yang mengandungi butiran pasir dan mineral lempung (sisa tanah granit).

Setelah luluhawa, batuan akan mengalami proses hakisan. Butiran Quartza membentuk butiran bersaiz pasir; apabila dihakis dan terenap, akan membentuk batu pasir. Manakala mineral lempung pula terenap membentuk batu lumpur atau syal. Manakala ion-ion pula diangkut oleh sungai ke laut membentuk batuan karbonat iaitu batu kapur, juga mungkin menyumbang kepada kemasinan air laut.


No comments: