Wednesday, December 29, 2010

Berada di atas awan!

Seronok sekali sekala berada di atas awan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan kedinginan awal pagi di Genting Highland.

Monday, December 6, 2010

Kena tipu lagi....

hahahaaaa... rakyat mesia kena tipu lagi..terang-terang plak tu... siap menteri beri jaminan tu.... kalu nak menipu pun agak2 la.... kalu nak naik herga biarlah dibuat pada 1.1.11 baru la nampak cerdik..orang 'bebal' boleh ditipu dengan berbagai-bagai alasan!

Sunday, November 21, 2010

Lembu Korban 2010


Tahun ni famili koi membuat korban seekor lembu/sapi. Kerja-kerja penyembelihan dibantu oleh jiran-jiran yang berhampiran.


Terbeliak biji mata lembu tu sebab terjerut tali di lehernya. Agak liar lembu ni sebab bekas pemiliknya tak pernah menambat atau mengikat lembu tersebut. Nasib baik ada jiran-jiran yang biasa dengan kerja-kerja sembelihan ni. Kalu tak biasa, jangan ler memandai-mandai nak 'menjatuhkan' lembu... kang ada yang bersilat plak dgn lembu!


Setelah lembu ini benar-benar mati, tibalah saat-saat yang koi nantikan... melapah lembu! minat betui koi dengan kerja-kerja melapah haiwan ni!


Antara daging batang pinang yang telah dihiris-hiriskan, ditimbang dan dibahagi-bahagikan kepada jiran-jiran. Koi sengaja mengambil port sebagai perelai tulang, habis koi cincang-cincang tulang dengan kapak sampai lenguh tangan. Akhir sekali, perut tuala lembu dibersihkan di sungai yang berhampiran; sedap kalu dibuat kerabu perut!


Sedap betul daging ni bila dibuat gulai kawah.. tulangnya pula dibuat sup! pada malamnya pula menjamu rakan-rakan koi makan sup. Tengah malam perut koi berasa sebu, sebab banyak lemak yang perlu diproses oleh perut koi. Kadar kolestrol masih stabil lagi ni... masih boleh makan tanpa kawalan kui kui...

Wednesday, November 10, 2010

Biar Hilang Undi Jangan Hilang Tanah

Koi respect betui dengan Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya Majlis Daerah Gua Musang mengenai PRK Galas baru ni. Seperti yang kita ketahui Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PAS telah kalah dalam PRK tersebut dengan majoriti yang besar dengan undi kaum cina yang memihak BN. Tahukah anda kenapa boleh jadi begitu? Pada penelitian koi, kekurangan undi kaum cina itu adalah disebabkan dua faktor iaitu faktor kelulusan tanah (tidak menganugerahkan tanah) dan tawaran wang ringgit (khabarnya dibayar RM1,000 seorang) kepada kaum tersebut. Kalau Kerajaan Negeri lain koi tak tahu lah macamana! sanggup hilang tanah agaknya utk mendapatkan undi. Kita diwar-war melayu akan hilang kuasa dlm PRU 13, masalahnya majoriti yang bertanding utk kerusi parlimen adalah Melayu lawan Melayu. Mana logiknya kalau melayu hilang kuasa, kacauwali melayu lawan kaum lain. Contoh paling nyata dalam PRK Parlimen Hulu Langat.; Melayu lawan India.. siapa yang menang? masalahnya Melayu x mau undi org melayu sendiri!(siap buat sembahyang hajat lagi tuh.. ). Lepas tu berdegar2 bagitau kaum cina dah kuasai P.Pinang....cuba bagitau zaman bila P.Pinang dan Singapura jatuh ke tangan orang lain? Renung-renungkan!

Tuesday, November 2, 2010

Lagu Nostalgia : Tiap Waktu Terluang




Tak sangka plak koi bahwa Kazar yang pernah membawa watak jahat sebagai Degawan dalam satu drama seram di TV3 dan tuan Ceplos di TV9 sebenenarnya adalah penyanyi suatu ketika dahulu. Lagunya yang berjudul Tiap waktu Terluang dan Memburu Rindu selalu berkumandang di corong radio tapi tak kenal pula penyanyinya.

Sememangnya Kazar dikagumi dengan bakatnya yang ada biarpun sehingga kini masih belum mampu menerima sebarang anugerah dari mana-mana anugerah yang ada. Mungkin anda boleh mempertimbangkannya?

Wednesday, October 13, 2010

Fenomena Analemma


Perasan tak waktu solat subuh, Zohor dan Magrib sekarang ni cepat? Ini adalah kerana wujudnya fenomena alam semula jadi dikenali sebagai Fenomena Analemma. Fajar terawal adalah pada 1 November dan senja terawal adalah pada 5 November nanti iaitu berlaku pada bulan depan. Waktu ini adalah waktu yang sempurna bagi 'satu hari' iaitu terbit fajar adalah sekitar pukul 7.00 am, tergelincirnya matahari adalah sekitar 1.00 pm dan terbenamnya matahari pada 7.00pm. Untuk keterangan lanjut mengenai fenomena ini, sila klik sini.

Monday, October 4, 2010

Mesin Pemecut Atom - Membongkar rahsia asal-usul alam semesta





Satu mesin pemecut atom/zarah telah dibina di Geneve, Swizerland. Mesin tersebut dinamakan sebagai Large Hadron Collider (LHC) iaitu pemecut zarah paling besar dan berkuasa tinggi di dunia pernah dibina oleh manusia. Pembinaan mesin tersebut menelan kos sebanyak 9 billion US atau kira-kira RM36 billion, peralatan saintifik paling mahal di dunia. Dibina dalam bentuk bulatan sepanjang 27 kilometer dalam terowong bawah tanah pada kedalaman 50-170 m oleh CERN (Penyelidikan Nuklear Eropah) melibatkan 10,000 saintis dari 100 buah negara termasuk beberapa buah universiti dan makmal sains.

Tujuan utama mesin ini dibina adalah untuk mengkaji zarah iaitu bahan paling kecil yang membina jirim/jasad dalam usaha memahami lebih mendalam asal-usul alam semesta. Dari hasil kajian ini, saintis mengharapkan agar persoalan seperti apakah daya yang memegang zarah-zarah (proton,neutron dan elektron) dalam atom dan kaitan kuantum mekanik dengan ruang dan masa akan terjawab.

Antara kajian tersebut melibat pemecutan zarah yang berkelajuan lampau tinggi yang kemudiannya berlanggar antara satu sama lain, keadaan yang sama semasa permulaan pembentukkan alam semesta (Bing Bang). Satu pemancar akan memancarkan 3000 gugusan zarah dan setiap gugusan zarah mengandungi 100 billion zarah. Dua pemancar akan memancarkan zarah-zarah tersebut yang seterusnya dipecutkan dengan kelajuan lampau tinggi. Apabila pelanggaran berlaku, sebanyak 20 perlanggaran antara 200 billion zarah akan berlaku dalam masa 30 billion kali persaat. Satu pancaran akan dipecutan selama 10 jam dengan laluan sejauh 10 billion kilometer, cukup untuk perjalanan ke planet Neptune pergi dan balik. Pada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya, satu proton dalam LHC membuat 11,245 pusingan setiap saat.

Pelbagai aspek saintifik akan dikaji dalam perlanggaran tersebut. Kalau anda perasan, dalam salah satu babak dalam filem Terminator ada menayangkan LHC ini di mana 'alien' terlekat dan melebur pada mesin magnetik yang sedang diaktifkan.


Namun begitu pembinaan mesin tersebut mendapat tentangan dari beberapa saintis. Mereka menyatakan kebimbangan terhadap kesan dari kajian mesin tersebut; antaranya termasuklah terbentuknya Lubang Hitam (Black Hole) yang boleh menelan alam semesta dan pembentukan Zarah Aneh (Strangelets) yang menukar zarah kepada bentuk-bentuk tidak stabil dan penghasilan sinar kosmik. Namun begitu, kebimbingan tersebut tidak berasas kerana galaksi kita sendiri (bima sakti) sentiasa terdedah kepada Lubang Hitam dan Zarah Aneh yang terletak di alam semesta itu sendiri.

Manusia semakin maju dengan perkembangan teknologi sains. Dunia sains terus mengkaji alam semester yang maha luas hingga ke bahan asas alam semesta yang amat kecil demi mencari jawapan terhadap kejadian alam dan mengenal manusia itu sendiri.


Saturday, October 2, 2010

Turun pangkat dan tukar tempat kerja je ker?


Hairan betul koi.. apa nak jadi sekarang ni... 10 anggota polis hanya dikenakan tindakan tukar tempat kerja dan seorang inspektor diturunkan pangkat setelah didapati terlibat dalam kes mencuri dadah 40kg yang juga merupakan bahan bukti bagi satu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. Bahan bukti tersebut adalah rampasan dadah katamine seberat 700kg dengan nilaian pasaran RM200juta di Rompin, Pahang pada 2 Mei tahun lalu. Sepatutnya mereka ini patut dikenakan hukuman yang setimpal.. harapkan pagar.. pagar makan padi. Dah la pecah amanah.. mencuri pulak tu. Cuba bandingkan dengan kes kejadian mencuri susu tepung bayi di sebuah pasaran.. mana lebih berat hukuman?

Lagi hairannya, pemilik kenderaan (lori ais) yang membawa dadah tersebut terlepas dari hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah dengan alasan teknikal. Ironiknya, kes liwat Anuar Ibrahim yang serba-serbi kekurangan bukti masih diteruskan.... entahlah bila la kesudahannya. Baguslah kalau Menteri Dalam Negeri mengarahkan mereka ini disiasat di bawah Kod Panel. Undang-undang sepatutnya tidak mengira siapa pun mereka.


Thursday, September 30, 2010

Bagaimana dgn hasil cukai judi dan arak?


Kasino kedua tercantik di dunia selepas Monte Carlo, Monaco. Sebagai sebuah negara Islam,wajarkah kita berbangga?




Baru-baru ni agak kepoh dengan isu hasil judi yang 'kunon'nya disumbangkan kepada golongan tertentu di P.Pinang. Terlintas tak di benak fikiran kita akan hasil cukai judi dan arak yang dikenakan oleh kerajaan kita? ke mana hasil-haram itu disalurkan? dan yang paling terkesan difikiran ialah 'dosa kering' yang diterima oleh pengundi-pengundi yang secara tidak langsung terlibat dalam penubuhan premis-premis judi dan arak di Malaysia.

Kunonnya jijik dengan dgn hasil judi, tetapi diri sendiri yang meluluskan lesen judi dan arak! Orang-orang kampung bolehlah dimomokkan dgn pelbagai perkara yang bergantung kepada satu sahaja sumber, tetapi tidak bagi kita yang terdedah dengan pelbagai kebenaran dan fakta. Jadilah pemikir kelas pertama!

Monday, September 20, 2010

Suka bela ikan puyu



Koi suka betul dengan ikan puyu. Dalam banyak-banyak ikan.. ikan puyulah yang paling cantik rupabentuknya.. dengan sirip yang tajam serta warna kehijauannya yang menawan.. Nak makan ikan ni pun koi segan kui kui....Ikan puyu memang terkenal dengan kelasakkannya.. serta tahan lama dipersekitaran tanpa air. Koi bela ikan ini sebab ia cantik dan bukannya sebagai penghalang kepada sihir-sihir... boleh mendatangkan syirik kalau percaya menda2 macam tu.

Thursday, September 2, 2010

Pengalaman berpuasa di dalam hutan

Di bulan puasa yang mulia ini.. teringat plak pengalaman koi berpuasa di dalam hutan di Lojing, dekat sempadan Pahang-Kelantan pada hujung tahun 2002... selama 3 hari...koi terpaksa menyiapkan juga peta geologi kawasan tersebut. Koi bersama 4 kawan koi yang lain telah membina 'base camp' di tengah-tengah permatang bukit yang membahagikan Kelantan-Pahang. Setiap hari perlu berjalan kira-kira 30km pergi dan balik utk menyiapkan peta tersebut di bulan puasa. Penat... tak boleh nak kata la... dahaga! perrggg tuhan je yang tahu... paling sadis bila berjalan melalui sungai-sungai kecil...dengan airnya yang sejuk.. jernih....rasa nak terus minum jer! ...ada la dekat 66 kali basuh muka....tapi semua tu tak menghalang koi utk terus berpuasa.

Base camp kami tu betul-betul di atas batu penanda sempadan negeri. Kalau rasa nak cepat berbuka, boleh duk sebelah Kelantan. Kalu rasa nak lambat habis sahur.. boleh duk sebelah Kelantan kui kui....

Thursday, August 12, 2010

Lombong terdalam di dunia


Satu jongkong emas ini bernilai USD4 juta (RM18juta)



Kerja-kerja penggerudian bagi tujuan peletupan (blasting) dijalankan dalam perlombongan ini. Setiap letupan membuka ruang sehingga 4 meter.


Lombong emas di Witwatersrand, Johannesburg, Afrika Selatan merupakan lombong paling dalam yang pernah dikorek oleh manusia dengan kedalaman sehingga 4km (2.5 batu). Setiap hari lubang ini semakin dalam dan mencatatkan rekod dunia (kedalaman) setiap kali kerja-kerja peletupan dilakukan. Kerja perlombongan pada kedalaman melampau ini adalah rumit kerana suhu naik 1 selsius bagi setiap kedalaman 33m. Pada dasar lubang, suhu dicatatkan sehingga 65 selsius (150 Fahrenheit) miskipun terdapat sistem pendinginan di dalam lombong ini.

Nilai emas dalam lombong tersebut adalah dianggarkan kira-kira USD 6 billion (RM 27 billion). Emas adalah dalam bentuk serbuk halus dan 'bertakung' pada satu satah batuan, hasil pengenapan sedimen yang mengandungi emas pada permukaan sebuah tasik yang terjadi pada ratusan juta tahun lampau.

Sejumlah 3.3 tan bijih bijih, 5540 liter air, 572 kW tenaga elektrik sejam dan sejumlah besar bahan letupan diperlukan bagi menghasilkan 1 aun emas (31.104 g).

Tuesday, August 10, 2010

Pokok Herba 2 : Sia-siak (Sepulih Dara)




Siak-siak (Dianella ensifolia)
Lesu, luka, kayap dan sakit mata

Monday, August 9, 2010

Pokok Herba 1 : Pegaga


Koi terpikir plak nak buat entry pasal jenis-jenis ulam kat Malaysia. Mungkin ramai antara kita yang hanya kenal nama sahaja tetapi tidak pula mengenali rupanya. Koi sangat makan ulam-ulaman ni terutama jantung pisang rebus, pegaga dan pucuk ubi rebus. Sangat baik untuk kesihatan. Untuk entry pertama ini koi letak gambar pegaga.. mungkin ramai kenal dengan pokok ni....


Pegaga ( Cantella Asiatica)
Tonik, luka, awet muda, radang kulit dan membersih darah


Thursday, July 22, 2010

Struktur Dalaman Bumi Kita

Tahukah anda bagaimana struktur bumi dan apakah kandungan utama dalam perut bumi kita?

Persoalan sebegini sudah semestinya pernah terfikir oleh kita. Kajian mengenai kandungan bumi dijalankan oleh ahli geologi. Bidang geologi yang terlibat dalam kajian ini dinamakan sebagai volkanologi dan seismologi. Dari pentafsiran data seismik, bumi mempunyai 3 struktur utama iaitu kerak, mantel dan teras. Ketiga-tiga struktur tersebut mempunyai ketebalan yang berbeza-beza dan terbina daripada beberapa jenis batuan yang juga berbeza-beza. Kedalaman bumi atau jejari bumi sehingga ke pusatnya adalah dianggarkan 6,378km.

Kerak bumi

Ketebalan kerak bumi adalah kira-kira 100km. Mempunyai dua lapisan batuan utama iaitu batuan granit atau garnitoid, batuan metamorf, batuan enapan di bahagian atas (termasuk permukaan bumi) dan batuan basalt di bahagian bawah. Pengerudian paling dalam yang pernah dilakukan oleh manusia adalah sedalam 12km yang dilakukan di Semenanjung Kola, Russia dalam projek penjelajahan dasar laut.

Mantel

Sempadan yang memisahkan kerak bumi dan mantel dikenali sebagai Ketakselanjaran Mohorovicic. Mantel terbahagi kepada 3 lapisan iaitu mantel atas (~400km), zon perantaraan (~600km) dan mantel bawah (~1800km). Kunci kepada masalah bumi seperti asal usul magma, gunung berapi, gempa bumi dan hanyutan benua terdapat dibahagian mantel atas dan zon perantaraan. Pengecaman bahan-bahan mantel dibuat berdasarkan sampel yang diambil dari lava gunung berapi yang kemudiannya diuji di makmal (dengan suhu dan tekanan seperti yang terdapat pada kedalaman kira-kira 400km). Dari ujikaji, didapati bahawa bahan mantel terdiri daripada dua batuan sahaja iaitu batuan dunit dan peridotit sahaja. Batuan ini terdiri dari mineral silikat magnesium-besi yang selalunya mengandungi berlian. Magma di Hawaii berasal dari kedalaman 60km manakala kewujudan berlian adalah dari kedalaman lebih dari 100 km. Kandungan batuan dalam mantel bawah adalah homogen dan lebih padat dengan mineral ilmenit dan periklas. Perlu diingatkan bahawa sesuatu batuan itu adalah terbina dari gabungan beberapa jenis mineral.

Teras

Teras bumi terbahagi kepada dua bahagian iaitu teras luar dan teras dalam. Kandungan utamanya adalah nikel dan besi di mana berbentuk cecair pada teras luar dan pepejal pada teras dalam. Perolakan besi dalam teras cecair memainkan peranan yang penting terhadap penghasilan medan magnet bumi. Kebanyakkan tahi bintang atau komet adalah terdiri daripada campuran nikel-besi dan ini memberikan gambaran bahawa serpihan-serpihan tersebut mungkin berasal dari beberapa buah planet yang telah termusnah.

Dari kajian sains ini, terbuktilah bahawa struktur dalaman bumi terbahagi kepada 7 lapisan seperti yang tersebut dalam kitab suci Al-Quran. Allah maha besar lagi maha mengetahui.

Sunday, July 18, 2010

Kenaikan harga keperluan asas : moh kita renung-renungkan!








Koi terbaca satu artikel menarik dari blog batu vs kayu mengenai 'rasional' isu kenaikan harga barangan keperluan asas, bagaimana rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin boros tanpa had..... moh kita renung-renungkan.. kerana memang ada kebenarannya!

Paling koi menyampoh sekali adalah bila senarai harga barangan yang baru naik tu dibandingkan pula dengan senarai harga dari negara jiran.... cukai kenderaan, cukai jalan, tol lebuhraya tidak pula dibandingkan.... dan pada mereka yang bersikap' tidak apa' atau terpedaya dengan cerita mengatakan bahawa bagi negara lain, harga keperluan tersebut adalah jauh lebih tinggi; samalah seperti seorang ayah yang amat berpuasa hati apabila anaknya yang belajar di sekolah mendapat kedudukkan no. 20 dari 30 dlm kelasnya, kerana baginya no. 20 lebih baik berbanding anak orang lain yang mendapat kedudukkan no. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel/gas LPG sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya?

Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.



Tuesday, July 13, 2010

Kena Bancian Penduduk dan Perumahan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mulai 6 Julai hingga 22 Ogos ini.


Petang semalam dalam pukul 6.30 petang, rumah koi telah didatangi oleh seorang pegawai Pembanci dari Jabatan Perangkaan Kota Bharu, Kelantan. Mungkin dia terpaksa datang lewat petang memandangkan koi bekerja di siang hari.

Koi ingat ker hanya sedikit maklumat yang diperlukan rupa-rupanya banyak betul maklumat yang dikehendaki termasuklah bilangan ahli keluarga, jumlah pendapatan keluarga, tarikh lahir, peralatan dalam rumah, pekerjaan, pendidikan dsb.

Koi memberikan segala maklumat yang diperlukan, namun dalam hati kecil koi ini sangsi tentang maklumat yang telah diberikan. Bukannya apa..takut-takut la jadi macam melanggan kad kredit kat mana-mana bank konvensional. Kita bagi data-data peribadi siap dengan slip gaji dan salinan IC lagi. Kemudian bila sahaja memperolehi kad kredit tersebut, ada sahaja individu yang cuba menelefon untuk menawarkan pakej-pakej tertentu. Lebih teruk lagi kalau individu tersebut cuba mendapatkan nombor id pada belakang kad kredit tersebut untuk tujuan penipuan. Dengan kata lain, maklumat kita telah didedahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab kepada pihak yang juga tidak bertanggungjawab.

Pada telahan koi, mungkin bancian ini juga ada kaitan dengan perancangan awal untuk menghadapi PRU ke-13 berkenaan dengan bilangan pengundi yang mungkin akan digunakan oleh SPR dengan sebaik mungkin (utk tujuan persempadanan semula kawasan). Memanglah pegawai banci tersebut mengatakan bahawa data adalah sulit, hatta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun tidak ada akses dari bancian tersebut. Tetapi dalam keadaan negara kita sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Orang politik akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka termasuk mendapatkan khidmat syarikat asing; lebih bahaya jika maklumat pertahanan negara berada dalam tangan mereka. Koi tidak mahu menyebut nama syarikat tersebut..khabarnya dah melabur dekat RM77 juta.. tak tahu betul atau tidak.. tetapi tiada penafian pernah dibuat menanganinya....kalau data-data keselamatan pun boleh bagi /lepas ketangan orang asing.. apatah lagi data-data maklumat peribadi individu ...tetapi itu hanya telahan koi sahaja, tiada kene mengena dengan sesiapa pun!

"Segala maklumat yang diberi individu dijamin sulit serta tidak boleh dihebohkan dan kerajaan akan menggunakan hasil maklumat untuk perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara". itu jaminan yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan, harap-harap begitulah hendaknya.

Apa pun nasihat koi berilah maklumat yang setepat mungkin dalam bancian tersebut. Jangan pula kita menghalang atau menghalau kerja-kerja mereka. Kalau kita memudahkan kerja seseorang.. insyaalah Allah akan memudahkan kerja-kerja kita di kemudian hari.



Tuesday, June 29, 2010

Kelakar sengothi!



Tiap kali koi tatap video nih.. tiap kali itulah koi ketawa.... kelakar sungguh. Teruk betul la mamat yang duduk menyandar kat dinding tu.. dah la tak berjemaah sekali.. pastu pedajal plak orang yang nak solat. Habis satu saf rebah....Walau bagaimana pun.. koi harap video ini bukanlah lakonan semata-semata. Tidak baik jika babak dalam solat dilakonkan semata-mata untuk hiburan.

Monday, June 28, 2010

Team faberet koi masuk suku akhir Piala Dunia


Inilah team faberet koi dari dulu hingga kini.... dalam empat-lima tahun lepas....dah dua kali masuk final tapi kalah jugak.. WC2006.. final kalah dengan Italy....Euro2008... final kalah plak dengan Sepanyol... WC2010 ni tak tahu la macamana.. sebab perlawanan seterusnya kena lawan dengan Argentina pada perlawanan suku akhir yang belum kalah atau seri lagi dalam WC21010....



Jersi Jerman koi pada WC2006... jersi ni yang lebih cantik berbanding WC2010.


Sunday, June 27, 2010

Gambar Pemandangan









Gambar-gambar ini adalah antara gambar yang sering koi gunakan sebagai 'wall paper' utk laptop koi. Korang boleh download untuk dikongsi bersama.

Tuesday, June 22, 2010

Mengagau ikan di Tasik Habu, C. Highlands


Tasik Habu di Ringlet, Cameroon Highlands sekarang dalam proses mendalamkan tasik. Oleh itu paras air di tasik tersebut telah susut dengan mendadak membuatkan ikan-ikan di dalam tasik tersebut seakan2 ' mabuk' terutama ikan yang 'lemas' bila paras kelodak tinggi seperti ikan tongsan dan leekoh.


Air susut kira-kira 5 meter dari paras biasa. Setiap hari di pingiran tasik akan dipenuhi oleh orang ramai.. samada untuk memancing sembat.. atau sekadar memerhati sahaja.

Air nampak tenang tetapi di dalamnya penuh dengan ikan-ikan. Kali terakhir tasik ini di'cuci' adalah pada tahun 1999, kalau tidak silap. Air belum betul-betul surut... kalau tak dah lama koi turun mengagau ikan-ikan tu... maklum la.. kali terakhir koi berkubang dalam selut mengagau ikan adalah kira2 10 tahun yang lalu..



Ini adalah sebahagian hasil tangkapan.. dengan hanya menggunakan sauk sahaja kerana ikan-ikan telah 'kelemasan' dan 'kemabukan'... tak perlu bersusah payah mengambil masa berjam2 untuk memancing. Padan muka ikan2 tersebut... dulu sombong sangat tak mahu makan umpan.. menunggu sampai berjam2.. kadang2 sampai tak dapat langsung pun ada.. koi pun hairan kenapa la payah nak dapat ikan yang besar-besar seperti dalam gambar. Kalau dapat pun sebesar tiga jari je.


Ikan ini mati kerana telah melompat keluar dari permukaan air.. mungkin kerana 'kelemasan' dengan mendapan kelodak yang tinggi... terdapat juga ikan-ikan yang ditinggalkan di tepi tasik kerana terlalu besar saiznya.. kebanyakannya adalah ikan tongsan yang rata-rata seberat 20 kg.... bangla dengan Indon pun tak mahu ikan-ikan tu.. besar sangat.. segan nak makan.. kui kui..

Sunday, June 20, 2010

Dua matahari pada 21 June 2010

Beruntung kepada sesiapa yang membaca entry ni sebelum besok hari kerana kemungkinan dapat melihat 'dua matahari' yang akan terbit pada besok pagi. Kejadian ini berlaku kerana terdapatnya satu bintang bernama Bintang Aderoid yang berada berhampiran dengan matahari kita iaitu pada jarak 43.65 juta batu pada 21 Jun yang menyebabkan bintang tersebut bersinar seumpama matahari. Sebenarnya matahari itu sendiri adalah bintang dari berbilion bintang yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Kejadian seterusnya akan berlaku lagi pada tahun 2287.

Monday, June 14, 2010

Buah Tembikai





Buah tembikai-amat sesuai dimakan ketika musim panas atau ketika berbuka puasa.... salah satu buah faberet koi....