Thursday, November 5, 2009

Kenapa Sumber Air Bawah Tanah Kelantan Kaya Dengan Besi?







Kita semua sedia maklum bahawa Negeri Kelantan menghadapi masalah bekalan airnya yang kaya dengan unsur ferum atau besi. Hampir keseluruhan penggunaan bekalan air di Negeri Kelantan adalah dari sumber air bawah tanah. Tidak ramai juga mengetahui bahawa hampir keseluruhan kawasan Kota Bharu adalah merupakan lembangan pengenapan sedimen kuarteneri (tempat pengumpulan bahan-bahan pengenapan seperti pasir, lempung dan lodak). Sehingga kini belum ada satu lubang gerudi pun yang boleh mencecah sehingga ke batuan hampar atau batuan dasar.

Ini bermakna, lapisan sedimen ini agak tebal (lembangan pengenapan yang dalam). Pengenapan ini adalah pengenapan marin zaman dahulukala kira-kira jutaan tahun lalu. Oleh kerana itu kadang-kadang kita boleh dapat cengkerang-cengkerang, serpihan tumbuhan dan gas/metana dalam lapisan tersebut.

Lembangan ini juga menjadi tempat pengumpulan air bawah tanah yang terkandung dalam akuifer (takungan air bawah tanah). Pada amnya kesemua luahan air dari bumi Kelantan akan turun dari tempat-tempat tinggi dan tertumpu ke kawasan lembangan iaitu di sekitar Kota Bharu samada melalui sungai Kelantan atau mengalir ke dalam tanah membentuk aquifer.

Geologi/bumi Kelantan terkenal dengan satu jenis formasi batuan yang dipanggil sebagai Syis Taku. Antara mineral yang banyak sekali terdapat dalam batuan ini adalah mineral pirit di mana kandungan utama mineral ini adalah besi. Bukti batuan ini kaya dengan besi dapat dilihat di kawasan Bukit Besi, Temangan, Machang di mana di situ terdapatnya bekas lombong besi yang diusahakan oleh Syarikat Jepun "Oriental Mining Co." semasa zaman penjajahan Jepun dahulu. Bukti lain juga dapat diperhatikan pada permukaan batuan yang terdedah di sepanjang Jalanraya Lojing-C. Highlands. Terdapat garis-garis berkarat hasil hakisan air hujan terhadap mineral pirit yang kaya besi. Bumi Kelantan juga dihampari oleh batuan granit yang menjadi dasar kepada bumi Kelantan. Batuan ini juga kaya dengan mineral berbesi.

Oleh itu, apabila hujan turun dari kawasan-kawasan lebih tinggi sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanah dan membawa bersama mineral besi dari tanah/batu syis yang sememangnya kaya dengan besi. Air bawah tanah ini kemudiannya mengalir ke kawasan takungan atau lembangan- iaitu di kawasan Kota Bharu. Pengaliran air bawah tanah ini juga akan membawa bersama unsur-unsur besi dari batuan hampar iaitu batuan granit bersama dan ini akan memekatkan lagi kandungan besi dalam air tanah.

Air tanah yang kaya dengan unsur besi ini akan berkumpul atau 'accumulate' dalam akuifer di kawasan lembangan. Itulah sebabnya bekalan air Negeri Kelantan terkenal dengan tingginya kandungan unsur-unsur besi yang menyebabkan air berkarat- bukannya disebabkan oleh faktor saluran paip yang berkarat dan sebagainya.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, lebih kurang je dengan pemimpin mereka, kepala berkarat juga.....

Webmaster@Echam said...

Omen,
Huh... Baru koi tahu info aok ni. Time kasih wehhh atas info aok ni. Sangat menarik koi baca. Memang koi akui air kat sana berkarat.

Anonymous said...

Ntahlah bro. Gua duduk di Kelantan 1 tahun. Tak selesai2 masalah air ni. Apa yg pas buat?

Anonymous said...

Proses nak keluarkan besi dari bekalan air memerlukan kos yang amat tinggi, bukan boleh keluar macam tu je... Kerajaan negeri menghadapi masalah kekangan kewangan akibat diskriminasi kerajaan pusat... (walaupun Kelantan hampir 99% adalah Melayu). Kalau ada peruntukan kewangan.. koi penuh yakin.. masalah ini dpt diatasi.Harap2 Kelantan akan dapat royalti sepenuhnya pada tahun 2012.

Anonymous said...

Salam semua,
mslah karat sukar diselesaikan... kalau kat umah ak, air direct lah slalu berkarar..air telaga plak okeyh jer cuma kkadang baulah skit....
okeyh lah tuh, tp kalau air direct slow or tak de..cuba pantau dekat2 umah kot2 lah ada construction kan, pasang paip agih kat paip umah kita... benda biasa....
lastly, harap2 royalti dan masalah air kat kelate dpt setel.. insyaallah....!