Wednesday, November 25, 2009

Peta Takungan Petroleum Malaysia




Peta ini menunjukkan kedudukan takungan petroleum (petroleum reservoir) yang terletak di perairan negara di Laut China Selatan. Oil field yang berwarna merah menunjukan takungan gas asli manakala yang berwarna hijau menunjukkan takungan minyak mentah. Setiap takungan mempunyai namanya yang tersendiri. Terdapat 3 takungan petroleum yang berada dalam perairan Negeri Kelantan iaitu Bintang, Damar dan Lawit. Koi pernah berkerja menggerudi minyak di pelantar minyak Irong Barat dan Seligi semasa berkecimpung dalam bidang minyak dan gas.

Tuesday, November 24, 2009

Lagu Nostalgia: Kalau Rindu - Rafeah Buang



Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita kan bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Siput Gondang




Lendir yang keluar dari siput ataupun gastropod ini mengingatkan koi pada kuah kentang KFC yang juga berwarna kuning.

Monday, November 23, 2009

Jauh berjalan.... luas pemandangan

Majlis Perkahwinan Blogger LKTP 1328


Hamparan sawah padi di Pendang, Kedah


Perhh!! jauh kali ni koi berjalan....Dari Kelantan-Perak-Selangor-Penang-Kedah.. Sik bek keter WAJA koi tu mmg waja. Trip kali ini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan adik koi di Pendang, Kedah dan nak melawat sedara-sedara sebelah ayah koi di utara tanah air.

Pada 17hb baru ni koi attend meeting di Lojing, Gua Musang bersama Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Tanah Tinggi Lojing. Kemudian bermalam di Tapah, Perak. 18hb plak koi ada urusan dengan pembekal alatulis dan pencetakakan di Shah Alam. Sepanjang jalan dari Tapah ke Shah Alam ditemani oleh air hujan yang lebat. Lebat sampai tak nampak jalan la....

Pada 19hb, koi bertolak dari Shah Alam ke Bandar Bharu, Kedah ke rumah mak sedara. Pada 20hb, dari Kedah bergerak pula ke Bayan Lepas, Penang juga rumah mak sedara. Kat Bayan Lepas tu, lupa plak jalan ke rumah mak sedara tu, puas pusing2... masa nak isi minyak kat stesen petronas, terjumpa plak landmark jalan ke rumah mak sedara koi tu.. kebetulan plak! Lepas pekena gulai ikan di Penang... kami beransur plak ke Sg. Petani.

Pada kebesokan harinya, kami bertolak dari Sg. Petani terus ke Pendang, Kedah. Nama kampung kat Pendang ni pelik2... Padang Lembu, Padang Pusing, Batu Menunggul etc. Tapi syok la tengok hamparan sawah padi nan menghijau. Yang x syoknya, jalan kat kawasan bendang ni sempit sangat. Tapi disebabkan rombongan kami ramai.. kira2 6 biji keter... so mana2 keter yang bertembung dengan kami.. kena la beralah.. gostan la 100 meter ke belakang hehe...Orang kampung bawak motor laju plak tu.. kalu tak kena gaya.. ada orang juga yang tertiarap dalam sawah padi tu....Selesai majlis kenduri kendara tu, koi pun terus la bertolak pulang dari Pendang ke Temerloh. Dalam perjalanan pulang tu, koi terserempak dgn kemalangan berhampiran tol Sg. Petani (U), sebuah van melanggar pokok kayu jati di bahu jalan.... keras betul kayu jati tu... tak condong sedikit pun pokok tu. Koi tak tahu status kemalangan tu macamana.. tapi teruk juga la nampak gayanyer.

Dari Pendang kul 4.00ptg..... sampai ke kampung tepat kul 4.00pg.. perhh.. jauh tul perjalanan tu... tapi koi dah biasa drive jauh2 ni... suka drive malam.. keter x banyak dan boleh konsentrik.

Besoknya iaitu semalam, koi sempat menghadiri majlis perkahwinan rakan blogger koi di Kota Gelanggi 1. Kepada Blogger LKTP 1328 yang juga kenalan kepada ayah koi, koi nak ucapkan tahniah dan selamat menerima menantu. Lepas itu koi pun bertolak pulang ke Kota Bharu ikut jalan Kerambit-G. Musang. Koi tersangkut 2 jam kat K. Krai.. air Sg. Durian dekat Batu Balai melimpah.... nasib baik air cepat surut.. kalu tidak.... cuti lagi la besok.

Sunday, November 15, 2009

Pisang Kembar Tiga


Koi amat mengemari buah-buahan. Selalunya di rumah, pisanglah yang menjadi pilihan. Baru-baru ni koi terperasan yang pisang koi beli di kedai bimbingan FAMA mempunyai ulasnya yang berkembar dua dan tiga. Yang kembar dua tu dah abis koi telan.. yang kembar tiga ni.. segan skit nak telan.. sbb payoh nak jumpa.. Ini kali pertama koi jumpa ulas pisang kembar tiga. Ulas berkembar dua selalu la koi jumpa. Koi tak tahu ler kalu korang pernah jumpa ulas kembar tiga ni? Kalu makan tiga ulas pisang ni x payah dinner or lunch dah... atau silap-silap bole dapat anak kembar tiga nanti hehe!

Monday, November 9, 2009

Lagu Nostalgia: Bila Kasih Menyepi - Kejora




Ke mana perginya rambulan
Sang pungguk merayu sepanjang malam
Betapa sedihnya di hati
Bila kasih menyepi
Bila kasih menyepi

Mengapa perawan setia
Bermandi airmata kedukaan
Alangkah pedihnya di hati
Bila kasih menyepi
Bila kasih menyepi

Haruskah usia mangsanya
Kezaliman asmara tiada harga
Inikah hasil percintaan
Yang kau agung-agungkan
Oh! Biarlah pergi
Oh! Biarlah pergi

Hapuskan semua kepiluan
Dirimu belum tiba kehancuran
Bukalah matamu perawan
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi

Thursday, November 5, 2009

Kenapa Sumber Air Bawah Tanah Kelantan Kaya Dengan Besi?







Kita semua sedia maklum bahawa Negeri Kelantan menghadapi masalah bekalan airnya yang kaya dengan unsur ferum atau besi. Hampir keseluruhan penggunaan bekalan air di Negeri Kelantan adalah dari sumber air bawah tanah. Tidak ramai juga mengetahui bahawa hampir keseluruhan kawasan Kota Bharu adalah merupakan lembangan pengenapan sedimen kuarteneri (tempat pengumpulan bahan-bahan pengenapan seperti pasir, lempung dan lodak). Sehingga kini belum ada satu lubang gerudi pun yang boleh mencecah sehingga ke batuan hampar atau batuan dasar.

Ini bermakna, lapisan sedimen ini agak tebal (lembangan pengenapan yang dalam). Pengenapan ini adalah pengenapan marin zaman dahulukala kira-kira jutaan tahun lalu. Oleh kerana itu kadang-kadang kita boleh dapat cengkerang-cengkerang, serpihan tumbuhan dan gas/metana dalam lapisan tersebut.

Lembangan ini juga menjadi tempat pengumpulan air bawah tanah yang terkandung dalam akuifer (takungan air bawah tanah). Pada amnya kesemua luahan air dari bumi Kelantan akan turun dari tempat-tempat tinggi dan tertumpu ke kawasan lembangan iaitu di sekitar Kota Bharu samada melalui sungai Kelantan atau mengalir ke dalam tanah membentuk aquifer.

Geologi/bumi Kelantan terkenal dengan satu jenis formasi batuan yang dipanggil sebagai Syis Taku. Antara mineral yang banyak sekali terdapat dalam batuan ini adalah mineral pirit di mana kandungan utama mineral ini adalah besi. Bukti batuan ini kaya dengan besi dapat dilihat di kawasan Bukit Besi, Temangan, Machang di mana di situ terdapatnya bekas lombong besi yang diusahakan oleh Syarikat Jepun "Oriental Mining Co." semasa zaman penjajahan Jepun dahulu. Bukti lain juga dapat diperhatikan pada permukaan batuan yang terdedah di sepanjang Jalanraya Lojing-C. Highlands. Terdapat garis-garis berkarat hasil hakisan air hujan terhadap mineral pirit yang kaya besi. Bumi Kelantan juga dihampari oleh batuan granit yang menjadi dasar kepada bumi Kelantan. Batuan ini juga kaya dengan mineral berbesi.

Oleh itu, apabila hujan turun dari kawasan-kawasan lebih tinggi sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanah dan membawa bersama mineral besi dari tanah/batu syis yang sememangnya kaya dengan besi. Air bawah tanah ini kemudiannya mengalir ke kawasan takungan atau lembangan- iaitu di kawasan Kota Bharu. Pengaliran air bawah tanah ini juga akan membawa bersama unsur-unsur besi dari batuan hampar iaitu batuan granit bersama dan ini akan memekatkan lagi kandungan besi dalam air tanah.

Air tanah yang kaya dengan unsur besi ini akan berkumpul atau 'accumulate' dalam akuifer di kawasan lembangan. Itulah sebabnya bekalan air Negeri Kelantan terkenal dengan tingginya kandungan unsur-unsur besi yang menyebabkan air berkarat- bukannya disebabkan oleh faktor saluran paip yang berkarat dan sebagainya.

Monday, November 2, 2009

Pelantar Minyak Terbakar

Pelantar minyak 'West Atlas" kendalian syarikat Thailand di Laut Timor telah terbakar sejak ia mengalami kebocoran hampir 10 minggu lalu. Pelantar minyak jenis 'jack-up' ini terletak di perairan Indonesia dan Australia. Sehingga kini, kebocoran di bahagian 'drill deck' tersebut masih lagi belum dapat ditutup menyebabkan banyak minyak mentah mengalir ke laut dan boleh menyebabkan pencemaran.

Kebakaran di pelantar minyak adalah igauan buruk kepada para pekerja pelantar minyak. Koi teringat semasa koi berkerja di pelantar minyak dulu. Dalam seminggu, satu latihan kecemasan mesti dilakukan, tidak mengira masa. Mungkin tengah malam, subuh, senja. Kita tidak tahu samada bunyi loceng kecemasan itu latihan atau benar-benar kecemasan. Sampai kini koi masih fobia dengan bunyi deringan loceng kecemasan. Kalau stay di hotel, mesti nak lari keluar dari hotel utk selamatkan diri. Tapi sekarang dah okey sikit!

Sunday, November 1, 2009