Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi: Pergerakkan tektonik untuk menstabilkan kerak bumi






Dunia digemparkan dengan 2 kejadian gempabumi pada 29 dan 30 September 2009, masing-masing di Samoa dan Padang, Indonesia. Selain mengalami gegaran yang boleh meranapkan struktur bangunan2, kesan dari gempa bumi iaitu tsunami lebih menakutkan. Namun hakikatnya kejadian sedemikian adalah lumrah alam dan tanda kekuasaan Allah SWT.

Sekian lamanya bumi ini terbentuk iaitu 4.6 bilion, bumi sentiasa mengalami kejadian sedemikian untuk menstabilkan kerak-kerak bumi yang saling bertembungan antara satu sama lain. Kewujudan manusia yang mengikut perkiraan sains adalah kira-kira 200, 000 lampau sudah semestinya tidak dapat mengikuti keseluruhan episod-episod gempabumi tersebut.

Bumi sebenarnya mempunyai lebih 13 kerak bumi utama yang saling bertembung antara satu sama lain. Kerak/plat bumi tidak statik tetapi adalah dinamik, bergerak kira-kira 5 cm setahun keberbagai arah. Kerak/plat bumi terbina (termuai) pada rabung tengah lautan (Mid Ocean Ridge) dan termusnah pada sempadan pertemuan atau dipanggil subduksi plat-plat bumi. Bagi kerak/plat bumi yang tidak termusnah, banjaran pergunungan akan terbentuk. Contoh paling jelas adalah perlanggaran kerak/plat benua di kawasan sempadan India dan Pakistan. Bukan sahaja kedua-kedua tersebut secara politiknya bertembung, malah kerak/plat bumi antara kedua2nya turut bertembung sehingga kini. Pertembungan kerak2 bumi itulah yang telah membentuk banjaran pergunungan yang indah seperti di Khasmir dan Gunung Everest di Nepal. Ratusan juta tahun lampau, kerak/plat bumi India adalah berada berhampiran Australia yang kemudiannya 'hanyut' ke utara dan melanggar Pakistan.

Sebagai perbandingan, kerak/plat bumi bolehlah dianggap sebagai sebatang pembaris. Apabila 2 batang pembaris ditemukan pada hujungnya dan ditekan, sudah semestinya salah satu akan patah. Kerak bumi yang 'patah' inilah yang menyebabkan berlakunya gempabumi. Kekerapan melakukan ujian nuklear di lautan menyumbang kepada kekerapan berlakunya gempabumi.

Sebenarnya teori hanyutan benua dan plat tektonik ini telah dijelas oleh Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran. Koi tak ingat ayat mana, tapi ada menyebut bahawa bumi ini dahulunya adalah satu kerak bumi sahaja, kemudian Allah pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Manusia hanya menyedari hal ini apabila Teori 'Hanyutan Benua' diperkenalkan oleh Alfred Weneger pada tahun 1915, sedang Al-Quran yang diturunkan pada 611M telah menerangkan hal sedemikian. Menurut teori tersebut, kerak bumi ini dahulu adalah satu kerak bumi yang nipis dan besar di panggil Pangea yang kemudiannya berpecah dan hanyut ke pelbagai arah akibat arus aruhan magma dalam perut bumi. Begitulah agungnya Al-Quran itu dan sememangnya banyak menyimpan ilmu pengetahuan untuk manusia fikirkan.

Untuk mengikuti rentetan gempabumi dunia semasa, lawat USGS.

1 comment:

Webmaster@Echam said...

Bagus info aok. teruskan bagi info wehhhh.. Aok keje mane rodong????