Sunday, October 4, 2009

Aduss! terkena aku!



Gambar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan sport rims yang koi baru beli baru ni

Hari ni koi nak kongsi citer pasal koi 'terkena' dengan tokey kedai tayar kat Kota Bharu semalam. Koi ni mmg jenis tak berapa nak percaya pada tokey2 workshop, kedai baiki TV & radio dan spare part keter, maklumla.. ntah apa la diorg cas atas pembaikian barang kita tu, dah la kita tak nampak apa yang diorg tukar.
Citernya macam ni, pagi semalam koi pergi la survey tayar sebab nak tukar tayar belakang WAJA koi yang dah nak botak. Jumpa la satu kedai tayar Lee Master Services Centrel, depan Balai Bomba Jalan Long Yunus. Pada fikiran koi ok la kedai tu pasal bajet under RM400. Koi pun tukar la 2 bijik tayar Dunlop baru. Masa tengah buat balancing, salah satu sport rims koi tu didapati bengkok, sebab dulu pernah terjun lubang sampai pecah tayar depan. Kalu nak perbetulkan balik, kena cas RM55. Tapi tokey kedai tu offer plak sport rims baru." Kalau nak tred-in abe tamboh 49 je untuk brand yang sama". Uikss.. muroh tu.. tambah 49 je dapat sport rims baru.. dari kena cas Rm 55 utk perbaiki sport rims lama, lebih baik beli sport rims baru.. tambah 49 je.. fikir koi.
Maka keempat2 sport rims keter koi yang baru berusia 3 thn pun ditukarkanlah dgn sport rims baru... siap buat balancing, baiki camber... buat aliggment. Bila dah siap semua, terkejut beruk koi pasal tengok bil dekat RM900. Rupa2nyer yang tambah 49 tu rupanya 490... adusss! terkena aku... aku tak tahu la samada itu strategi tokey tu utk menipu. Nasib baik koi bawak kad kredit. Tapi nak bagitahunyer, koi mmg tiada pengalaman dalam bab2 spare part keter ni. Koi malas nak bertekak dengan tokey kedai tu, lagi pun sport rims tu dah siap pasang, tak kan nak tanggal balik... tak apa la.. dah mmg rezeki tokey tu agaknya. Dah la masa tu koi tak berapa sihat.. demam dan sakit perut. Salah makan agaknya.
So nasihat koi, berhati-hatilah ketika membeli spare part keter, tanya betul2, biar puas hati. Orang akan sentiasa mengambil kesempatan atas kecuaian kita.


5 comments:

Webmaster@Echam said...

Pada koilah, aok kena tipu sebab pengalaman koi sejak lama mengenali kelantan, tokey2 ni akan cakap betoi2 RM490 kalau rege gitu. Diorang takkan cakap rm49. Memang menipulah tokey tu. Benda doh jadi doh. Harap jadi pengajaran pada koi jugek....

Don Balon said...

PEPALIH...........!!!
rabok poket aok li..
dia sebut "pak semile" tu..
aok pun ingat pat puloh sembilan ringgit..
padehey empat ratus sembilan puluh..
kuikui..

Raya baru ni, biras koi (suami kepada akak org umoh koi)servis kereta City nya di KB. Bapor lama tubik pagi petanc baru balik..

pegi servis di tempat toyota sendiri..
budok yang serbis pun machanc tengoh prektikal..
doh la slow terheges-heges..
ada bahagian yang demeh tak mboh buat..
biras koi suruh buat jugek sebab memanc itu serbis standard toyolta..
siap je bayor..
dia pun keluor la nok balik menuju arah tumpat ke rumoh mok mentua koi di gelang mas, pasir mas yang amat dekat dgn tumpat..tepi sempadan betul2..
sampei di satu traffic light..
lampu meroh..
tiba2 temperature naik gila2..
dia pun pelik sebab sebelum hantor serbis tok jadi gitu..
dia pun nok patoh balik ke pusat serbis..
tapi mmikir dok jauh.. lepas tu aok pahanc2 la KB goner gayer masa raya..
dia pun pegi la kedey lain..
explain-punya explain..
check punya check..
pusat serbis toyota tadi pasang kipas radiator terbalik...
puang...puang..
buang duit..buang masa..
gitulah kisahnya...
kuikui..

Omen Necrofis said...

Echam.... masalahnyer.. tokey to cakap "tamboh empat semile jah"... bukan tambah empat semile kosong atau empat ratuh semile riya. kui kui!

Omen Necrofis said...

Mader!.... kui kui... kalu pasang taya terbalik x perk..tapi kalu pasang kipas terbalik.... mmg x ada la fungsi aircooler tuh walaupun kipas tu berpusir....kui kui!

Omen Necrofis said...

Mader... Bukan setakat rabok.... nak terkoyak dah sluor koi... tapi x ler se'rabok' P. Ramlee mcm dalam citer bujang lapuk. Dah nasib badan...