Saturday, October 31, 2009

MARAN: Bandar Ayam Kampung

Temerloh, Bandar ikan patin..... Maran, Bandar ayam kampung.... pasni apa plak ye.... Jerantut, Bandar ikan keli plak kot hehee....... tengok logo ayam jantan tu tingat plak kat logo baja pokok kelapa sawit...

Sunday, October 25, 2009

Kabus di kawasan tanah tinggi






Suasana berkabus ini dirakamkan pada pukul 2 ptg di sekitar puncak G. Pass. Badan tidak berpeluh dan tidak pula berasa dahaga.


Wednesday, October 21, 2009

Fakta menarik mengenai masa




Pusingan bumi sebanyak 1 darjah memerlukan masa selama 60 minit, bersamaan 1 jam.
Pusingan bumi sebanyak 360 darjah memerlukan masa selama 24 jam, bersamaan 1 hari.
Bulan memerlukan masa selama 30 hari, bersamaan 1 bulan untuk melengkapi pusingan mengelilingi bumi pada orbitnya.
Bumi memerlukan masa selama 360 hari, bersamaan 12 bulan untuk melengkapi pusingan mengelilingi matahari pada orbitnya.

Tuesday, October 20, 2009

Khemah dan juri ku yang tersayang!

Inilah dapur kami... tapi for sure x ada peti ais la.... nasib bek dapat chief yang pandai masak.. tapi kalu duk dalam hutan ni.. makan apa pun sedap... batu.. kayu pun sodap.. (jambu batu+ubi kayu). Sekali masak sampai 15 kg beras... ada satu malam tu.. anjing2 org asli berpesta makan telur... habis 2 sarang telur... mlm besoknya.. makanan kami taruk dlm tong atau gantung pada bumbung khemah.



Ha.. inilah tempat bermandian yang paling beh dalam hutan.. dengan kesejukan air sungai nya.... macam air dalam peti... dengan ketulenan air sungainya... serta menjadi tmpt paling shahdu apabila memerut!




Juri koi..... paling nyaman dan empuk..... sampai kalu rimau tido kat sebelah pun boleh x sedar...
kalu tengahmlm.. macam2 irama dan lagu ada... lawan berkeruh.. paling lawak.. macam bunyi generator pun ada... koi ingatkan.. diorg x tutup generator.. rupernya.. bunyi org berkeruh.... maklumla.. penat sangat la tu...




Inilah khemah yang dilengkapi dengan juri atau 'panking'.. khemah yang bertutup tu adalah khas utk org yang overweight...satu juri hanya boleh menampung muatan 80kg shj.. kalu nak tido dlm juri gak.. boleh runtuh khemah.... patah tiang belebas!

Tuesday, October 13, 2009

Menjelajah Hutan Ulu Kinta






Perggg!!.. penat giler!.. itu la perkataan yang koi boleh ungkapkan setelah 4 mlm 5 hari koi menjelajah hutan tebal Ulu Kinta. Seramai 33 orang terlibat dalam penjelajahan untuk memetakan batuan geologi kawasan sempadan Perak dan Pahang melibatkan 3 pegawai, 4 GA dan buruh. Pemetaan tersebut dibuat atas permintaan JKR untuk membina jajaran baru pintasan jalanraya baru Simpang Pulai-Ladang Blue Valley. Ini adalah kerana jalanraya lama sering berlakunya tanah runtuh dan telah melibatkan kos yang tinggi utk penyelenggaraan.
Seronok pun ada... penat pun ada... seronok sbb dah lama koi tak masuk hutan. 'Base camp' kami dekat Pos Slim, kira-kira 23 km dari tmpt kerja. Penat sbb terpaksa mendaki bukit curam dan berjalan kaki 4 km sehari, trabas ikut sungai.... tapi seronok buat kerja kat sini... sejuk dan tak rasa dahaga serta dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Kalau dah sampai ke sesuatu permatang... memang kami puas hati... pemandangan mmg cantik. Permatang bukit selalunya tidak lebar.. hanya kira-kira 4 meter sahaja... di kiri kanan permatang adalah cerun yang curam.
Susah sebenarnya nak buat jalan untuk rakyat! Jalanraya bukan boleh dibina sesuka hati terutama di kawasan berbukit-bukau. Kalau JKR meminta pandangan Geologist terlebih dahulu, kejadian tanah runtuh sedemikian mungkin dapat dielakkan. Memang betul, para jurutera boleh membina apa sahaja, hatta bangunan di atas puncak bukit.. tetapi ingatlah pada 'tapak' di mana sesuatu bangunan akan dibina.....Geologistlah yang berperanan penting sebenarnya kerana mereka tahu dan kenal rupabentuk permukaan bumi.


Wednesday, October 7, 2009

Oustation 3 minggu!



Aiseyy... slps raya ni banyak plak keje luar.... 3 minggu ... tour of Malaysia plak tu. Pos Slim-J. Bharu-Putrajaya-K. Terengganu.. hehe. Gitu la keje aku yang selalu outstation... pendek kata selagi belum pejam mata.. keje keje keje!.. Anyway koi enjoy dengan keje koi! SYMT!

Hujung bulan ni koi nak cuti la plak seminggu.... dah lama tak pegi memancing ikan ni..ingat2 nak memancing kat Tasik Ringlet atau kolam ikan berbayo.. tak dapat ikan tak apa.. janji puas menung tengok joran.....itu pun harap2 x ada outstation lagi....

Monday, October 5, 2009

Bidang Geologi: Bidang Pengkajian Menarik

Melihat kepada panorama di dunia ini, pernahkah terlintas di fikiran anda beberapa persoalan kejadian alam yang unik. Antaranya ialah bagaimana kewujudan pelbagai jenis batu pasir, granit, batu kapur, konglomerat dan pelbagai lagi. Gunung Himalaya menjadi gunung tertinggi di dunia, kenapa ia terletak di India dan ajaibnya pula adanya letupan gunung berapi yang sangat besar seperti di Karakatoa di Indonesia dan beberapa tempat yang aktif seperti di Filipina, Amerika Selatan, Kepulauan Sulawesi dan kenapa pula tiada atau hampir tiada gunung berapi di Afrika, India, Australia malah di Malaysia? Apakah itu gempa bumi, bagaimana tentang kekuatannya dan yang penting sekali adakah negara kita selamat dari gempa bumi yang kuat seperti di Kobe, Jepun. Selain itu persoalan tentang sumber-sumber alam seperti bagaimana tentang kejadian dan terdapatnya petroleum, emas, perak, intan, timah dan lain-lain bijih lagi turut menarik perhatian untuk difikirkan.


Bagaimana pula tentang usia bumi ini? Adakah 20,000 tahun sahaja atau 10 juta tahun atau 1 ribu tahun atau lebih dari itu? Bagaimana tentang keadaan bumi ketika itu? Bagaimana tentang fosil, tentang binatang perkasa yang dipanggil dinasour dan pokok-pokok raksaksa, tentang kepupusan dan revolusi mereka dari zaman lampau sehingga kepada bentuk seperti keadaan sekarang.


Sesungguhnya terlalu banyak lagi persoalan tentang kajadian alam yang unik ini dan tentunya ia manjadi cabaran dalam mendapatkan jawapan tentang persoalan yang menarik ini. Persoalan -persoalan in hanyalah sebahagian daripada pengkajian dalam bidang geologi. Geologi diambil dari perkataan latin bermaksud 'Kajibumi' iaitu suatu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang kejadian batuan, pergerakan kerak bumi, gunung-ganang, serta kandungan bumi seperti bijih-bijih, emas dan permata serta seribu macam persoalan tentang bumi dan keunikannya. Ia menjadi semakin penting dewasa ini khasnya dalam mencari sumber-sumber baru dari bumi yang semakin terhad tapi keperluannya sangat mendesak seperti petroleum, keperluan air tanah, platinum, bijih-bijih perindustrian dan permata. Di samping itu, ia sangat perlu dalam kerja-kerja pembangunan sesebuah negara seperti bangunan tinggi, jambatan. terusan, empanagan, dan lain-lain agar kemusnahan besar dapat dielakkan. Ahli geologi juga sangat diperlukan dalam meramalkan kejadian-kejadian alam yang memusnahkan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang jika berlaku melibatkan taruhan nyawa yang bukan sedikit.


Persoalan mengenai geologi seterusnya lebih menarik jika dikaitkan bersama dengan kemungkinan-kemungkinan kejadian yang telah dan boleh berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Antaranya bagaimana terdapatnya dua banjaran yang besar iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Timur yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Dari batuan apa ia dibina dan kenapa pula ia menganjur dari Utara ke Selatan? Kenapa pula diantara dua banjaran ini, terdapat suatu kawasan yang agak luas yang sangat kaya dengan emas seperti Raub dan Bukit Koman di Pahang di antaranya sehingga 6.0 hingga 10.0 gram per tan dari batuan yang dilombong. Begitu juga di timur Semenanjung Malaysia yang bukan sahaja kaya dengan emas seperti di Lubuk Mandi dan Penjom, Kuala Lipis Pahang malah luar pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang sangat kaya dengan petroleum yang bernilai tinggi yang sekarang menjadi salah satu sumber kekayaan negara. Bagaimana tentang kejadian Kondominium Highland Towers yang runtuh, kejadian runtuhan lumpur di jalan Genting Highland, runtuhan batuan yang memenuhi di Kilometer 21.8 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Bukit Lanjan dan akhir-akhir ini tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bagaimana tentang gempa bumi di Malaysia dan jika berlaku gempa bumi di Sumatera yang dijangkakan boleh mencapai sehingga 8.5 pada skala Ritcher sahaja. Bagaimana pula tentang gunung berapi di Malaysia?.


Tapi antara persoalan menarik tentang Semenanjung Malaysia sekarang ialah benarkah bahawa Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan dan sebahagian Johor adalah dari benua yang berlainan dan bertemu dengan Barat Semenanjung Malaysia pada suatu masa jutaan tahun dahulu dan apakah bukti-bukti yang menyokongnya? Atau adakah Malaysia dahulunya dipanggil Gondawanaland dan kemudiannya hanyut ke tempat di mana ia berada sekarang? Inilah antara pelbagai persoalan geologi yang menarik di Malaysia yang boleh kita fikirkan bersama jika terdapat asas geologi di minda kita dan ini semua dapat diperolehi dengan mendapatkan bacaan tentang geologi yang banyak terdapat di pasaran ataupun perpustakaan.


Di Malaysia keperluan kepada pengetahuan dari ahli geologi semakin mendesak sedangkan negara hanya mampu mengeluarkan tidak sampai 30 orang geologi setahun. Keperluan ini boleh dicapai jika dapat ditanamkan minat kepada pelajar-pelajar pada masa persekolahan lagi dan bukannya setelah menjejaki menara gading. Kemungkinan sekarang, ramai pelajar tidak pernah mendengar apatah lagi memahami apa itu geologi. Tapi hanya mendapat sedikit gambaran tentang dinasour dari filem "Jurassic Park" sedikit masa dahulu. Jadi terpulanglah kepada generasi muda untuk mendalami tentang geologi bumi dan negara kita dan seterusnya memahami dan mencari jawapan persoalan-persoalan menarik bukan sahaja tentang persoalan di atas mahalan terdapat banyak lagi persoalan misteri di dalam bidang geologi. -Nahrafqifahs @ http://kgum.tripod.com/koleksi_artikel/artikel_01.htm


Sunday, October 4, 2009

Aduss! terkena aku!



Gambar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan sport rims yang koi baru beli baru ni

Hari ni koi nak kongsi citer pasal koi 'terkena' dengan tokey kedai tayar kat Kota Bharu semalam. Koi ni mmg jenis tak berapa nak percaya pada tokey2 workshop, kedai baiki TV & radio dan spare part keter, maklumla.. ntah apa la diorg cas atas pembaikian barang kita tu, dah la kita tak nampak apa yang diorg tukar.
Citernya macam ni, pagi semalam koi pergi la survey tayar sebab nak tukar tayar belakang WAJA koi yang dah nak botak. Jumpa la satu kedai tayar Lee Master Services Centrel, depan Balai Bomba Jalan Long Yunus. Pada fikiran koi ok la kedai tu pasal bajet under RM400. Koi pun tukar la 2 bijik tayar Dunlop baru. Masa tengah buat balancing, salah satu sport rims koi tu didapati bengkok, sebab dulu pernah terjun lubang sampai pecah tayar depan. Kalu nak perbetulkan balik, kena cas RM55. Tapi tokey kedai tu offer plak sport rims baru." Kalau nak tred-in abe tamboh 49 je untuk brand yang sama". Uikss.. muroh tu.. tambah 49 je dapat sport rims baru.. dari kena cas Rm 55 utk perbaiki sport rims lama, lebih baik beli sport rims baru.. tambah 49 je.. fikir koi.
Maka keempat2 sport rims keter koi yang baru berusia 3 thn pun ditukarkanlah dgn sport rims baru... siap buat balancing, baiki camber... buat aliggment. Bila dah siap semua, terkejut beruk koi pasal tengok bil dekat RM900. Rupa2nyer yang tambah 49 tu rupanya 490... adusss! terkena aku... aku tak tahu la samada itu strategi tokey tu utk menipu. Nasib baik koi bawak kad kredit. Tapi nak bagitahunyer, koi mmg tiada pengalaman dalam bab2 spare part keter ni. Koi malas nak bertekak dengan tokey kedai tu, lagi pun sport rims tu dah siap pasang, tak kan nak tanggal balik... tak apa la.. dah mmg rezeki tokey tu agaknya. Dah la masa tu koi tak berapa sihat.. demam dan sakit perut. Salah makan agaknya.
So nasihat koi, berhati-hatilah ketika membeli spare part keter, tanya betul2, biar puas hati. Orang akan sentiasa mengambil kesempatan atas kecuaian kita.


Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi: Pergerakkan tektonik untuk menstabilkan kerak bumi






Dunia digemparkan dengan 2 kejadian gempabumi pada 29 dan 30 September 2009, masing-masing di Samoa dan Padang, Indonesia. Selain mengalami gegaran yang boleh meranapkan struktur bangunan2, kesan dari gempa bumi iaitu tsunami lebih menakutkan. Namun hakikatnya kejadian sedemikian adalah lumrah alam dan tanda kekuasaan Allah SWT.

Sekian lamanya bumi ini terbentuk iaitu 4.6 bilion, bumi sentiasa mengalami kejadian sedemikian untuk menstabilkan kerak-kerak bumi yang saling bertembungan antara satu sama lain. Kewujudan manusia yang mengikut perkiraan sains adalah kira-kira 200, 000 lampau sudah semestinya tidak dapat mengikuti keseluruhan episod-episod gempabumi tersebut.

Bumi sebenarnya mempunyai lebih 13 kerak bumi utama yang saling bertembung antara satu sama lain. Kerak/plat bumi tidak statik tetapi adalah dinamik, bergerak kira-kira 5 cm setahun keberbagai arah. Kerak/plat bumi terbina (termuai) pada rabung tengah lautan (Mid Ocean Ridge) dan termusnah pada sempadan pertemuan atau dipanggil subduksi plat-plat bumi. Bagi kerak/plat bumi yang tidak termusnah, banjaran pergunungan akan terbentuk. Contoh paling jelas adalah perlanggaran kerak/plat benua di kawasan sempadan India dan Pakistan. Bukan sahaja kedua-kedua tersebut secara politiknya bertembung, malah kerak/plat bumi antara kedua2nya turut bertembung sehingga kini. Pertembungan kerak2 bumi itulah yang telah membentuk banjaran pergunungan yang indah seperti di Khasmir dan Gunung Everest di Nepal. Ratusan juta tahun lampau, kerak/plat bumi India adalah berada berhampiran Australia yang kemudiannya 'hanyut' ke utara dan melanggar Pakistan.

Sebagai perbandingan, kerak/plat bumi bolehlah dianggap sebagai sebatang pembaris. Apabila 2 batang pembaris ditemukan pada hujungnya dan ditekan, sudah semestinya salah satu akan patah. Kerak bumi yang 'patah' inilah yang menyebabkan berlakunya gempabumi. Kekerapan melakukan ujian nuklear di lautan menyumbang kepada kekerapan berlakunya gempabumi.

Sebenarnya teori hanyutan benua dan plat tektonik ini telah dijelas oleh Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran. Koi tak ingat ayat mana, tapi ada menyebut bahawa bumi ini dahulunya adalah satu kerak bumi sahaja, kemudian Allah pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Manusia hanya menyedari hal ini apabila Teori 'Hanyutan Benua' diperkenalkan oleh Alfred Weneger pada tahun 1915, sedang Al-Quran yang diturunkan pada 611M telah menerangkan hal sedemikian. Menurut teori tersebut, kerak bumi ini dahulu adalah satu kerak bumi yang nipis dan besar di panggil Pangea yang kemudiannya berpecah dan hanyut ke pelbagai arah akibat arus aruhan magma dalam perut bumi. Begitulah agungnya Al-Quran itu dan sememangnya banyak menyimpan ilmu pengetahuan untuk manusia fikirkan.

Untuk mengikuti rentetan gempabumi dunia semasa, lawat USGS.

Lagu Nostalgia: Wasangka Cintaku - Metafora

Entry ni koi nak kembalikan nostalgia lagu-lagu lama..... Salah satu lagu yang paling koi minat adalah Wasangka Cintaku- Metafora, koi pun tak tahu kenapa..tapi mmg suka betul dgn lagu ni... pasang seratus kali sehari pun x apa he!he!







WASANGKA CINTAKU
Rindu menjadi resah
Purnama kian rebah
Pudarlah seri wajah indah
Lagu jadi sepi

Ingin aku fahami
Mendamai ombak resah
Kerana gelora hatiku menangis tak sudah

Entahlah sampai bila
Aku harus begini
menjadi penanti setia di pelabuhan cinta

Ingin ku tanya pada mu andai cinta kita
Kau persiaku . . . Kau tinggalkan

Mungkin resah menjadi nyata
Dikala kau memadu cinta
Bersamanya yang kau puja
Bersama ku yang merana
Mengapa

Kerana masih rindu
Aku tetap menunggu
Damaikanlah hati ku ini
Wasangka cintaku...