Thursday, August 20, 2009

Keajaiban ruang dan masa






Kali ini koi nak berkongsi pengetahuan pasal fizik moden dengan cara paling ringkas dan mudah difahami. Dulu masa kat kampus minat jugak la subjek fizik ni terutama fizik kuantum. Tapi tak minat secara mendalam pasal fizik moden ni selalunya menggunakan imaginasi dan penggunaan formula matematik yang komplek.

Pada 30 Jun 1905, Albert Einstein telah menerbitkan artikel bertajuk " On The Electrodynamics of Moving Bodies". Semua saintis seharusnya membaca artikel ini kerana ia adalah idea yg terhebat di abad 20 mengenai konsep ruang dan masa lalu terbitlah Teori Kerelatifan Masa. Semuanya bermula dengan cahaya. Cahaya mempunyai kelajuan dan umumnya dirujuk sebagai kelajuan cahaya yang bergerak lurus dalam vakum. Kelajuan cahaya ini mempunyai pemalar fizik dikenali sebagai C yang mempunyai nilai 299 792 458 meter sesaat bersamaan 300,000 km sesaat. Kelajuan ini menyamai 7 pusingan mengelilingi bumi selama seminit. Cahaya dari matahari pula mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi. Jarak antara matahari ke bumi adalah kira-kira
1.496 x 1011meter (149 juta kilometer atau 92.58 juta batu). Bayangkan, betapa lajunya cahaya bergerak!

Sehingga kini belum ada sesuatu pun yang boleh mengatasi kelajauan tersebut. Tetapi kelajuan cahaya ini tidak dapat menandingi sama sekali kelajuan Bura' seperti dalam peristiwa Israj Mikraj.
Dengan terbitnya Teori Kerelatifan Masa oleh Albert Einstein, timbul beberapa paradok yang koi diringkaskan seperti berikut;

1.Masa bagi orang yang bergerak adalah tidak sama dengan masa orang yang pegun (tidak bergerak). Bermakna lebih laju seseorang itu bergerak, katakan lah Si A, maka lebih perlahan masa Si A relatif terhadap Si B yang melihat Si A itu bergerak. Satu perbandingan mudah di sekeliling kita adalah seumpama kita bergerak dalam kenderaan. Katalah kita mahu balik ke Kota Bharu dari rumah parent kita di Temerloh. Perjalanan dari Temerloh ke Kota Bharu adalah selama 7 jam, dalam perjalanan tersebut memang kita rasa teramatlah jauhnya, sampai berakar tempat duduk, kebas punggung dan sebagainya, maklumlah 7 jam. Tetapi parent kita yang kita tinggalkan di Temerloh tadi tidak terasa 7 jam itu lama, kerana mereka secara relatifnya bolehlah dikatakan pegun.


Satu lagi paradok yang mungkin kita selalu dengar adalah jika ada dua orang kembar Si A dan Si B, Si A akan pergi ke angkasa utk setahun dan Si B tinggal di Bumi. Apabila Si A ni pulang ke bumi setelah cukup setahun, usia Si A adalah berbeza sama sekali dengan Si B, di mana usia Si A adalah lebih muda dari usia Si B.


2.Ukuran panjang bagi objek yang bergerak secara relatifnya adalah lebih pendek berbanding objek yang tidak bergerak. Bermakna pembaris 1 meter dalam keratapi yang bergerak laju adalah lebih pendek relatif terhadap
orang yang pegun yang memerhatikan keretapi itu bergerak.

Begitulah hebatnya dan geniusnya pemikiran Albert Einstein ini terhadap kerelatifan ruang dan masa tetapi malangnya beliau berbangsa yahudi. Kaum Yahudi memang Allah jadikan sebagai manusia yang pintar, tetapi mereka ingkar atas kekuasaan Allah. Dia memberhentikan kajiannya kerana enggan mengetahui lebih lanjut bertapa berkuasanya Allah.

Pada malam hari kita boleh melihat banyak kerlipan bintang-bintang dilangit. Kerlipan yang kita nampak itu sebenarnya adalah cahaya yang dipancarkan dari bintang yang bertrillion jauhnya dari kita. Ada di antara cahaya tersebut yang dipancarkan sebelum atau serentak dengan bumi ini terbentuk. Bayangkan ada satu cahaya yang dikeluarkan serentak dgn pembentukkan bumi dan cahaya itu terus bergerak dgn kelajuan cahaya dan sampai pada penglihatan kita pada masa ini. Mengikut perkiraan sains, usia bumi adalah 4.6 billion tahun. Bayangkan jauhnya cahaya itu telah itu bergerak untuk sampai pada kita pada hari ini dan betapa luasnya alam semesta ciptaan yang Maha Esa ini.


Sehinga kini belum tercipta sebarang mesin masa yang digunakan untuk mengatasi halaju cahaya. Jika ia tercipta bermakna kita berupaya untuk kembali ke zaman silam. Mungkin teknologi sains boleh membinanya tetapi ia sama sekali bersalahan dengan konsep taubat, dosa dan sejarah. Kalau kita ada buat dosa lampau, kemudian kita kembali pada masa itu itu mengelak dari berbuat dosa tersebut, maka tiadalah konsep dosa pahala. Kalau kita kembali ke zaman silam, ke zaman Hang Tuah contohnya, kita boleh menukar sejarah. Dan yang lebih memeningkan jika kita kembali ke zaman kita kanak-kanak dahulu. hehe! boleh jadi biol dan bengong bila kita kata kita adalah diri kita pada masa tu.


Tetapi jika benar mesin masa boleh dibina manusia, koi sendiri pun mempunyai teori koi sendiri. Katakanlah kita kembara menggunakan mesin masa yang boleh merentasi masa ke belakang dengan cahaya sebagai medium. Kita menggunakan mesin masa tersebut merentasi satu cahaya yang lurus yang baru tiba ke bumi dengan halaju yang lebih laju dari kelajuan cahaya tersebut. Kemudian dalam pertengahan jalan kita berpatah balik dengan kelajuan yang berbeza tetapi masih melebihi kelajuan cahaya, apabila sampai ke bumi, mungkin kita berada pada satu zaman lain di bumi, mungkin zaman dinasor dan sebagainya. Kita mungkin juga boleh bergerak ke zaman hadapan dengan hanya menukar kelajuan mesin sahaja, tetapi untuk kembali pada titik asal pergerakan adalah satu perkara yang rumit.Itu cuma teori koi sahaja.


"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta pertikaian siang dan malam adalah sebagai tanda atas kekuasaanNya bagi orang-orang yang berakal" Ali-Imran 3:190

4 comments:

Webmaster@Echam said...

Menarik info aok. Pengetahun tu. Suka koi baca.

sha said...

baru jumpa blog nih..info menarik..

Ismail Ali said...

Semangat!...mesin merentas masa sekadar teori mustahil adanya kalau mengikut lojik sains.

Ismail Ali said...

Bloq yg menarik...mengikut teori Elbert Einstein suatu objek bila dapat bergerak menghampiri kelajuan cahaya objek tersebut akan membesar macam mana kita hidup...braatz!