Monday, August 24, 2009

Telur Sotong




Inilah rupa telur-telur sotong yang tersangkut pada pukat/jaring nelayan. Dalam kantung tu boleh nampak dua-tiga ekor anak sotong. Sotong yang bertelur mahal sedikit harganya dari sotong biasa.

Thursday, August 20, 2009

Keajaiban ruang dan masa






Kali ini koi nak berkongsi pengetahuan pasal fizik moden dengan cara paling ringkas dan mudah difahami. Dulu masa kat kampus minat jugak la subjek fizik ni terutama fizik kuantum. Tapi tak minat secara mendalam pasal fizik moden ni selalunya menggunakan imaginasi dan penggunaan formula matematik yang komplek.

Pada 30 Jun 1905, Albert Einstein telah menerbitkan artikel bertajuk " On The Electrodynamics of Moving Bodies". Semua saintis seharusnya membaca artikel ini kerana ia adalah idea yg terhebat di abad 20 mengenai konsep ruang dan masa lalu terbitlah Teori Kerelatifan Masa. Semuanya bermula dengan cahaya. Cahaya mempunyai kelajuan dan umumnya dirujuk sebagai kelajuan cahaya yang bergerak lurus dalam vakum. Kelajuan cahaya ini mempunyai pemalar fizik dikenali sebagai C yang mempunyai nilai 299 792 458 meter sesaat bersamaan 300,000 km sesaat. Kelajuan ini menyamai 7 pusingan mengelilingi bumi selama seminit. Cahaya dari matahari pula mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi. Jarak antara matahari ke bumi adalah kira-kira
1.496 x 1011meter (149 juta kilometer atau 92.58 juta batu). Bayangkan, betapa lajunya cahaya bergerak!

Sehingga kini belum ada sesuatu pun yang boleh mengatasi kelajauan tersebut. Tetapi kelajuan cahaya ini tidak dapat menandingi sama sekali kelajuan Bura' seperti dalam peristiwa Israj Mikraj.
Dengan terbitnya Teori Kerelatifan Masa oleh Albert Einstein, timbul beberapa paradok yang koi diringkaskan seperti berikut;

1.Masa bagi orang yang bergerak adalah tidak sama dengan masa orang yang pegun (tidak bergerak). Bermakna lebih laju seseorang itu bergerak, katakan lah Si A, maka lebih perlahan masa Si A relatif terhadap Si B yang melihat Si A itu bergerak. Satu perbandingan mudah di sekeliling kita adalah seumpama kita bergerak dalam kenderaan. Katalah kita mahu balik ke Kota Bharu dari rumah parent kita di Temerloh. Perjalanan dari Temerloh ke Kota Bharu adalah selama 7 jam, dalam perjalanan tersebut memang kita rasa teramatlah jauhnya, sampai berakar tempat duduk, kebas punggung dan sebagainya, maklumlah 7 jam. Tetapi parent kita yang kita tinggalkan di Temerloh tadi tidak terasa 7 jam itu lama, kerana mereka secara relatifnya bolehlah dikatakan pegun.


Satu lagi paradok yang mungkin kita selalu dengar adalah jika ada dua orang kembar Si A dan Si B, Si A akan pergi ke angkasa utk setahun dan Si B tinggal di Bumi. Apabila Si A ni pulang ke bumi setelah cukup setahun, usia Si A adalah berbeza sama sekali dengan Si B, di mana usia Si A adalah lebih muda dari usia Si B.


2.Ukuran panjang bagi objek yang bergerak secara relatifnya adalah lebih pendek berbanding objek yang tidak bergerak. Bermakna pembaris 1 meter dalam keratapi yang bergerak laju adalah lebih pendek relatif terhadap
orang yang pegun yang memerhatikan keretapi itu bergerak.

Begitulah hebatnya dan geniusnya pemikiran Albert Einstein ini terhadap kerelatifan ruang dan masa tetapi malangnya beliau berbangsa yahudi. Kaum Yahudi memang Allah jadikan sebagai manusia yang pintar, tetapi mereka ingkar atas kekuasaan Allah. Dia memberhentikan kajiannya kerana enggan mengetahui lebih lanjut bertapa berkuasanya Allah.

Pada malam hari kita boleh melihat banyak kerlipan bintang-bintang dilangit. Kerlipan yang kita nampak itu sebenarnya adalah cahaya yang dipancarkan dari bintang yang bertrillion jauhnya dari kita. Ada di antara cahaya tersebut yang dipancarkan sebelum atau serentak dengan bumi ini terbentuk. Bayangkan ada satu cahaya yang dikeluarkan serentak dgn pembentukkan bumi dan cahaya itu terus bergerak dgn kelajuan cahaya dan sampai pada penglihatan kita pada masa ini. Mengikut perkiraan sains, usia bumi adalah 4.6 billion tahun. Bayangkan jauhnya cahaya itu telah itu bergerak untuk sampai pada kita pada hari ini dan betapa luasnya alam semesta ciptaan yang Maha Esa ini.


Sehinga kini belum tercipta sebarang mesin masa yang digunakan untuk mengatasi halaju cahaya. Jika ia tercipta bermakna kita berupaya untuk kembali ke zaman silam. Mungkin teknologi sains boleh membinanya tetapi ia sama sekali bersalahan dengan konsep taubat, dosa dan sejarah. Kalau kita ada buat dosa lampau, kemudian kita kembali pada masa itu itu mengelak dari berbuat dosa tersebut, maka tiadalah konsep dosa pahala. Kalau kita kembali ke zaman silam, ke zaman Hang Tuah contohnya, kita boleh menukar sejarah. Dan yang lebih memeningkan jika kita kembali ke zaman kita kanak-kanak dahulu. hehe! boleh jadi biol dan bengong bila kita kata kita adalah diri kita pada masa tu.


Tetapi jika benar mesin masa boleh dibina manusia, koi sendiri pun mempunyai teori koi sendiri. Katakanlah kita kembara menggunakan mesin masa yang boleh merentasi masa ke belakang dengan cahaya sebagai medium. Kita menggunakan mesin masa tersebut merentasi satu cahaya yang lurus yang baru tiba ke bumi dengan halaju yang lebih laju dari kelajuan cahaya tersebut. Kemudian dalam pertengahan jalan kita berpatah balik dengan kelajuan yang berbeza tetapi masih melebihi kelajuan cahaya, apabila sampai ke bumi, mungkin kita berada pada satu zaman lain di bumi, mungkin zaman dinasor dan sebagainya. Kita mungkin juga boleh bergerak ke zaman hadapan dengan hanya menukar kelajuan mesin sahaja, tetapi untuk kembali pada titik asal pergerakan adalah satu perkara yang rumit.Itu cuma teori koi sahaja.


"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta pertikaian siang dan malam adalah sebagai tanda atas kekuasaanNya bagi orang-orang yang berakal" Ali-Imran 3:190

Wednesday, August 19, 2009

Jeti Geopark Kilim, Langkawi





Pemandangan di Jeti Geopark Kilim, Langkawi pada awal pagi, ketika air surut. Kat sini ada disediakan perkhidmatan bot, sejam RM150, boleh naik sehingga 8 org, tak mahal mana sebab persatuan yang kontrol jeti ni. Tak Boleh lebih, nanti karam plak bot. Destinasi... bole pegi tengok sangkar ikan, kawasan helang dan ke sekitar pulau-pulau berhampiran. Lokasi jeti adalah di belakang Galeri Perdana. Kalu korang nak mancing, bole bincang harga lain.


Monday, August 17, 2009

Lirik dan lagu 'Makwe Koi'

MAKWE KOI

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi
Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine NineNine
Nine ni makwe koi

(mp3 akan disertakan kemudian!)

Panorama Banjaran Titiwangsa


Pemandangan indah dari Hentian Jalanraya Timur-Barat, Gerik menghala ke sempadan Thailand.

Thursday, August 6, 2009

Lawak Ace Ventura.. koi suka part ni!

Gula oh Gula

Susah betui koi nak cari gula sekarang ni.. pegi la mana-mana pasaraya kat KB ni... mmg gula x ada stok.. kalu ader pun... x dan 5.5 saat dah abis org beli... beli sampai namblas paket plak tu.. kunyah gula aper..! Kalu buat kenduri atau bekwoh time. nie... mmg malang la tuan rumah tu... kalu pokok tebu banyok x apa.. bole ganti dgn air tebu... tapi kalu namblas btg pun x jadi juge...

Enam bulan dulu dah berlaku perkara ni.. tup..tup.. berlaku lagi.. x tahu la di mana silapnyer.. mcm2 alasan yg kiter dengo.. antaranya.. sorok gula la.. pengeludupan la... tapi yg lebih logik.. mgkin pembekal sorokkan gula.. gula negara x akan bkurang kalu duk seludup ke Thailand je... ye tak? mgkn lepas ni bekalan beras plak ambil giliran...

So, pader sapa2 yg suka minum manis.. bole la kurang2kan beli gula... 'Selamatkan gula utk negara!'


Wednesday, August 5, 2009

Air Terjun Tuteh, Karak



Lokasi air terjun ini agak terpencil kedudukannya dan terletak dekat stesen JPJ Karak. Kalu time lepas hujan luahan lebih beso dan lebih kuat hempasan airnya bersama angin. Kat sini x leh nak terjun tiruk.. nanti patoh paler. Tapi kawasan ni banyok anok ikan seluang.. so pada sapa yg ada kudis-kudis atau luka-luka bole pegi rendam kaki dalam air sungai. Kawasan ni selalu digunakan oleh mubaligh kristian utk membaptiskan org asli kat sekitar kawasan Karak. Siap nyanyi ntah apa2 lagu pastu selam org asli dlm air. Sik bek org asli... kalu org melayu gerenti koi tangkap gambo then anto kat pejabat agama islam Bentong, buat report!


Tuesday, August 4, 2009

Terbongsainya pokok teh




Koi suka ngat minum teh.. kat umah koi.. segala macam teh ader... kalu bekalan nak putus.. mesti turun ke Cameroon Highlands utk cari bekalan..... gambo ni koi ambik kat Tea Shop kat kuala Terla dekat Kg. Raja, C. Highlands. Pokok2 dier pun mungkin lebih tua dari usia tahun kemerdekaan negara kita..... kalu korang ader maser.. pegi la jalan2 kat kilang Tea Boh kat Ringlet. Kat kilang tu bole tengok para Bangla2 berkerja menghasilkan teh yg kita duk minum hari2.... masuk free jer... tapi biler kuo dr kilang tu... gerenti pakaian pun bau teh...


Monday, August 3, 2009

Pemandangan Sempadan Perak/Kedah


Pemandangan di sempadan Negeri Kedah dan Perak
Jalanraya Kupang-Baling
2006