Tuesday, July 21, 2009

Teritip Pantai





Gambar ini koi diambil di sekitar Pantai Balok, Kuantan. Apabila waktu air laut surut berbagai bentuk dan kesan dapat dilihat pada permukaan pantainya terutama kesan dari aktiviti pengorekan pasir oleh teritip. Teritip sebenarnya adalah merupakan sejenis artropod yang tinggal di laut dalam subfilum Krustasia antaranya termasuklah ketam.

Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan paus. Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya. Cangkerang teritip adalah sangat tajam, kena sentiasa memakai kasut jika ingin memanjat batu di tepian pantai.


1 comment:

Don Balon said...

baler..bejalan sajer aok li..
bapok beshnyerr!!