Tuesday, July 28, 2009

Suasana pagi di tengah-tengah Tasik Banding
2006

Sunday, July 26, 2009

Tongkat Ali


Gambo ni koi ambik masa pergi ke Langkawi tahun lepas kat kilang proses gamat. Perrhh!!.. sebakul akar tongkat ali...... batang beso2 plak tu.. masti cabut pakai kren. Koi x pernah pun minum air tongkat ali... apatah lagi tongkat ali power root.... org kata ia pahit...

Thursday, July 23, 2009

Imej satellite Kota Gelanggi 3


View Larger Map


Imej satellite bagi kawasan Kota Gelanggi 3- di bahagian tengah!

Sempadan Pahang-Kelantan

Kalau dari Gua Musang ke C. Highlands, ramai orang tak tahu sempadan antara Pahang dan Kelantan. Pakai ranggoh je masuk negeri orang, sempadannyer tak tahu. Gambar yang di atas ni adalah sempadannya, dekat dengan bas 'Geng Sekolah". Sebenarnya Pahang baru sahaja mempunyai jalan sendiri ke Cameron Highlands iaitu melalui Betong, Ko Lipih ke Ringlet. Sekarang dah nak hampir siap. Sebelum ni duk pakai jalan Kelantan dan Perok je! No. pangkal no tepon pun pakai no Perok mula dengan 05.


Wednesday, July 22, 2009

Ikan Pekasam dari Lenggong... Perhh!!





Perhh!!.. sedap siyott kalu digoreng atau buat masak lemak cili api.... pada yang dah ada darah tinggi.. anda dilarang sesekali memakan makanan ini.. dua tiga kali tak apa... sbb lps itu x payah makan2 dah...hehe!

Gerhana Matahari Separa, 22 Julai 2009



Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi ini bermula pukul pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya. Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Tuesday, July 21, 2009

Teritip Pantai





Gambar ini koi diambil di sekitar Pantai Balok, Kuantan. Apabila waktu air laut surut berbagai bentuk dan kesan dapat dilihat pada permukaan pantainya terutama kesan dari aktiviti pengorekan pasir oleh teritip. Teritip sebenarnya adalah merupakan sejenis artropod yang tinggal di laut dalam subfilum Krustasia antaranya termasuklah ketam.

Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan paus. Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya. Cangkerang teritip adalah sangat tajam, kena sentiasa memakai kasut jika ingin memanjat batu di tepian pantai.


Monday, July 20, 2009

Facebook Milik Yahudi?


Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika
dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman
sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).

Sunday, July 19, 2009

Sata dari K. Terenggau





Balik dari Kursus di Dungun baru ni sempat gak merasa sata dekat gerai tepi jalan di K. Terengganu. Bahan dia sama macam solok lada di Kelantan cuma disumbat dalam lada solok je. Sata ni di salut dengan daun pisang dan dibakar dengan arang. Rugi kalu x rasa!

Thursday, July 16, 2009

Runtuhan Stadium Sultan Mizan, K. Terengganu



Somebody must responsible for this!



3 komponan utama sebab sesuatu binaan boleh runtuh mengikut kajian kejuruteraan bangunan ;
1.Kesilapan rekabentuk.
2.Pembinaan tidak mengikut spesifikasi.
3.Faktor di luar jangkaan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.35 pagi pada selasa 2 jun 09 menjadi berita hangat secara tiba-tiba. Semua media perdana menjadikannya sebagai berita utama dan gambar kejadian terpampar di muka depan akhbar-akhbar utama. Bumbung stadium sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh. Kejadian ini mengejutkan semua pihak meskipun tiada kemalangan jiwa yang di lapurkan berlaku. Kejadian berlaku sehari sebelum berlangsungnya sukan staff IPTA ke 34 yang di jangka akan di hadhiri oleh lebih 5000 orang. Tentunya para peserta yang bakal ke stadium mengurut dada lega dan mungkin juga ada yang dah buat sujud syukur.

Bumbung stadium yang di katakana berharga RM25 juta itu telah di rekabentuk dan di pasang oleh kontraktor dari Korea selatan . Manakala struktur bangunan stadium itu sendiri telah di bina oleh konsotium 3 syarikat iaitu Bina struktur sdn.bhd dan Emarco sdn.bhd serta Genggam Mercu sdn .bhd. Semua pihak tertanya-tanya mengapa bumbung itu boleh runtuh. Sebagaimana biasa, banyak pula pihak dan orang perseorangan yang memberikan pendapat dan pandangan mereka. Pendapat dan pandanagan mengikut persepsi masing-masing.

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat 3 komponan utama yang boleh menyebabkan berlakunya runtuhan pada bumbung stadium tersebut. Mana satukah faktor yang lebih dominan dari 3 faktur utama itu. Masyarakat awam selalunya berpendapat faktor pembinaan tidak mengikut spesifikasi adalah faktor dominan kerana faktor Ini dikaitkan dengan perbuatan rasuah, dimana Penguasa projek yang biasanya terdiri dari residen engineer dan para engineer serta para teknisen dikatakan tidak membuat pengawasan yang rapi kerana telah di sogok. Kontaraktor pula menyogok kerana nak untung besar dengan menggunaan bahan binaan yang lebih murah dan kerja tidak ikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

Harapnya siasatan yang telus dapat dibuat oleh perunding bebas yang di lantik dan hasil siasatan hendaklah di umumkan kepada rakyat, sebab rakyat berhak menghukum. - www.sdp5157.blogspot.com/



Sunday, July 5, 2009

Belalang Kunyit





Belalang Kunyit atau nama saintifiknya Valanga nigricornis ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumber protein yang bagus. Ianya kini semakin pupus. Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak kerana sering melakukan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.


Wednesday, July 1, 2009

Pantai Hillaprk Phase 5


Koi pernah menyewa di sini bersama 11 rakan-rakan yang lain dari tahun 1996-2000 semasa
belajar di UM. Banyak kenangan pahit manis kat sini yang akan dikenang sampai akhir hayat. Tak pernah lupa pada ex-roomate; Wira, Mahadir, Kodi, Bomoh, Payat, Mann, Ganu, Sharul, Jamil, Mu'amar, Arie, Wandik, etc... May God bless u all!