Thursday, January 15, 2009

Tanah Runtuh ( Aliran Puing) di Lojing





KM 86

Aliran puing atau debris flow yang berlaku dari bahagian kemuncak bukit. Sekatan air mungkin akibat pembinaan empangan utk aktiviti pertanian menjadi punca kejadian. Takungan air atau empangan tidak dapat menampung kuantiti air yang masuk dengan banyak terutama ketika hujan lebat menyebabkan empangan pecah. Deruan air yang pertama atau kepala air merempuh pokok-pokok dengan membawa bersama bahan lumpur, pasir dan bongkah-bongkah batuan (sebesar lori). Bayangkan jika kita melalui kawasan tersebut ketika hujan lebat!

Kejadian juga turut disumbangkan oleh darjah kecuraman cerun yang tinggi iaitu kira-kira 60-70 darjah. Tidak jauh darti lokasi kejadian, kira-kira 100 meter, telah berlaku kejadian sedemikian pada bulan Mac 2008.



1 comment:

Anonymous said...

berapa tinggi debris flow tu dari puncak bukit?