Thursday, January 15, 2009

Tanah Runtuh (KM 83)




KM 83

Tanah Runtuh (KM 84 & 85)



KM 85 berhampiran Projek D'Raja









KM 84, Ladang Green Tea


Tanah Runtuh ( Aliran Puing) di Lojing





KM 86

Aliran puing atau debris flow yang berlaku dari bahagian kemuncak bukit. Sekatan air mungkin akibat pembinaan empangan utk aktiviti pertanian menjadi punca kejadian. Takungan air atau empangan tidak dapat menampung kuantiti air yang masuk dengan banyak terutama ketika hujan lebat menyebabkan empangan pecah. Deruan air yang pertama atau kepala air merempuh pokok-pokok dengan membawa bersama bahan lumpur, pasir dan bongkah-bongkah batuan (sebesar lori). Bayangkan jika kita melalui kawasan tersebut ketika hujan lebat!

Kejadian juga turut disumbangkan oleh darjah kecuraman cerun yang tinggi iaitu kira-kira 60-70 darjah. Tidak jauh darti lokasi kejadian, kira-kira 100 meter, telah berlaku kejadian sedemikian pada bulan Mac 2008.



Lubang Benam



Lubang benam di KM 73 berhampiran Pos Brooke, Lojing


Mendapan Tanah



Mendapan tanah di KM 51, Jalan Lojing-G. Musang




Kejadian Geobencana Di Sepanjang Jalanraya, Lojing-G.Musang

Sebanyak 6 kejadian geobencana telah berlaku di sepanjang jalanraya Lojing-Gua Musang. Kejadian berlaku ekoran hujan lebat pada hujung bulan Disember dan pada awal bulan Januari baru-baru ini. Kejadian geobencana tersebut adalah 1 tanah mendap, 1 lubang benam dan 4 tanah runtuh. Lokasi kejadian adalah di KM 51- tanah mendap, KM 73- lubang benam, KM 83,84,85 dan 86- tanah runtuh. Jalanraya tersebut telah dibuka pada tahun 2005.