Monday, November 24, 2008

Taman Tasik Shah Alam



Taman Tasik Shah Alam
November 2008

T-Rex Cartoon on The Star



Tuesday, November 11, 2008

Pemusnahan Alam Semulajadi di Lojing, Gua Musang









Kawasan Tanah tinggi Lojing kini telah dimajukan sebagai kawasan pertanian. Masalah timbul bila kawasan-kawasan tersebut telah diusahakan tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Cerun-cerun bukit dipotong tanpa perancangan yang sewajarnya menyebabkan hakisan tanah banyak berlaku di kawasan ini. Sehingga kini, kerja-kerja pemotongan cerun-cerun bukit untuk pembinaan lereng-lereng pertanian masih aktif terutama di kawasan Pos Sigar. Jasad potongan cerun yang berupa tanah sisa granit yang terdiri daripada pasir dan lumpur didapati ditambak di lereng-lereng cerun potongan. Apabila hujan akan mengakibatkan hakisan terhadap tanah tambakan ini dan bahan-bahan hakisan akan dialirkan ke anak-anak sungai. Kuantitinya adalah bertambah terutama ketika hujan lebat.

Sg.Belatop adalah satu-satunya sungai yang terhasil dari cabangan sungai-sungai kecil dari kawasan ini. Luahan dari Sg. Belatop ini akan keluar ke Sg. Brooke yang jernih airnya. Oleh kerana Sg. Belatop membawa sisa hakisan yang tinggi menyebabkan air Sg. Brooke menjadi keruh sehinggalah sampai ke Sg. Nenggiri dan mungkin menyumbang terhadap kekeruhan Sg. Kelantan.

Mungkin sudah terlambat untuk sebarang usaha pemuliharaan di kawasan ini, namun usaha untuk memantau dan menghentikan kerja-kerja pemotongan cerun bukit di kawasan berdekatan mungkin boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan yang berkenaan.

Sunday, November 2, 2008

Telaga Tujuh, Langkawi




Pemandangan sekitar air terjun Telaga Tujuh di Bahagian atas. Terdapat kira-kira 400 anak tangga untuk ke kawasan tersebut yang memerah keringat.. bukan setitik dua.. serta amat memenatkan. Kononnya terdapat 7 lopak air yang kelihatan seperti perigi yang sering digunakan oleh puteri bunian untuk mandi-manda di situ. Air dari bahagian bawah terpaksa dipam ke bahagian atas utk menambahkan kuantiti air melalui saluran paip. Sesuatu yang menarik di sini adalah sentuhan antara batuan granit dan kuarzit. Lopak air tersebut terhasil akibat tindakan geologi semulajadi oleh arus jeram tersebut.