Thursday, October 16, 2008

Sungai Pahang, Kg. Pejing




Pemandangan menunjukkan aliran sungai pahang dari barat ke timur. Terdapat beting pasir di bahagian tengah sungai. Ketika banjir, air boleh meningkat sehingga 10 meter dari paras biasa. Gambar diambil dari Kg. Pejing manakala di seberang sungai pula adalah Kg. Lubuk Paku, Maran, Pahang. Dahulunya penduduk kampung terpaksa menjalani jarak perjalanan yang jauh untuk ke Bandar Temerloh atau Bandar Maran. Tetapi kini ia tidak lagi berlaku selepas siapnya jambatan di Chenor.

7 comments:

jamaluddin said...

Ni kg cikgu Yahya Zainal Abidin.Kecik-kecik dulu mandi terjun macam tarzan....

Yahya Zainal Abidin said...

Saya suka lihat gambar pemandangan sungai Pahang, memang ini kampung halaman saya. Mengingatkan saya sewaktu kecil dulu selalu berkumpul di rumah moyang Keteh musim durian. Bila dengar bunyi durian gugur kami dari yang besar hingga kecil mencari manakah gerangan durian itu? Yang besar sekali waktu itu ialah engah Mamat Tahar, eteh Taib (arwah),apak Kadir, abang Nan, abang Long, abang Amin, ayah andak Isa, saya dan ramai lagi yang kecil-kecil. Banyak lagi cerita, simpan dulu. Blog ini hebat, mungkin milik puak gerabak saya ke?

Anonymous said...

Koi org kg. Awah, Wif koi org Kg. Pejing, anak kepada Maimunah Mohamad. adik beradik mak mentua adalah arwah Apak, ayah teh, mak ngah (ada kedai tepi jalan kg kg pejing), Boh Malek. Necrofis

Faizul Abdul Manan said...

Salam, saya org Johor, ayah saya Abdul Manan,org Kg Geylang, Pekan Pahang. Arwah atuk saya, Abdul Hamid Bin Akil, lahir di Kg Pejing. Rasanya, veteran2 kg Pejing mesti kenal atuk dan moyang saya. Antara adik beradik atuk saya, tok ki ismail, maimunah & 2 lagi akak perempuannya yang saya tidak tahu namanya (mereka 5 beradik). Baru petang tadi pergi kesana jemputan kahwin anak sepupu ayah saya, ayah Jamal. Pertama kali jejak kaki ke Kg Pejing satu pengalaman yg tak akan dapat dilupakan. Tempat asal usul saya yg mungkin telah berusia 100 tahun.

Yahya Zainal Abidin said...

Moyang belah emak namanya Ketih, asal usulnya dari Bukit Segumpal. Duduk di kampung Pejing dlam kebun durian, dekat sungai Pahang setentang dgn Kuala Jempol, dekat rumah makteh Som, rumah eda Hasan kini tinggal di felda Mayam(?). Cerita kg Pejing sangat panjang, sentiasa ingat saudara mara yang baik budi belaka.

Anonymous said...

kampung pejing tanah airku

Anonymous said...

abah saye pn org kg.lompat..dkt2 la dgn pejing tuh...anak arwah basir..name abah saye LOKMAN...MSTI ORG KG.PEJING KNL DGN BELIAU