Tuesday, December 30, 2008

Tasik Kenyir, Terengganu




Pemandangan menghala ke Selatan Tasik Kenyir, Terengganu dari Jalanraya baru yang menghubungkan K. Berang ke Aring. Jalanraya tersebut telah siap di sebelah Terengganu tetapi jalanraya di sebelah Kelantan masih dalam pembinaan iaitu melibatkan kawasan Aring B sejauh kira-kira 10 km sahaja (jalan kampung). Mengambil masa kira-kira sejam dari Aring ke K. Berang. Jalanraya itu juga melalui beberapa batang sungai yang juga merupakan 'muara' tasik di mana air sungai mengalir masuk ke tasik. Inilah kali pertama koi sampai ke Tasik Kenyir. Enjoy guna jalanraya ni sbb dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Paling menarik adalah singkapan batuan potongan cerun yang mempamerkan perlapisan sedimen yang unik, mungkin berusia Karbon hingga Permian.


Pokok Tualang

Pokok Tualang
Tasik Kenyir, Terengganu
Disember 2008

Thursday, December 18, 2008

Tuesday, December 16, 2008

Funny Cartoon 1

Keratan Akhbar Sinar Harian (17Okt08)


PENEMUAN FOSIL DI ARING, GUA MUSANG MENAKJUBKAN
Oleh: Suhaiza Abu Bakar

Penemuan fosil cengkerang yang berusia ratusan juta tahun lalu yang ditemui baru-baru ini mampu memberikan banyak manfaat untuk dijadikan bahan penyelidikan pelajar geologi di universiti tempatan. Fosil adalah tinggalan bahagian haiwan atau tumbuhan zaman prasejarah oleh proses semula jadi dan terawet dalam batuan sedimen. Bidang kajian fosil dipanggil Paleontologi.

Penemuan fosil cengkerang marin yang terdapat di cerun batuan di sepanjang jalan raya baru antara Felda Chiku 1 dengan Felda Aring (Aring,Gua Musang-Kuala Berang) oleh penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman, 32 adalah hasil daripada penyelidikan Sarjana beliau di universiti tersebut.

Ahmad Rosli yang juga Pegawai Kajibumi di Jabatan Mineral & Geosains Kelantan berkata, beliau sebenarnya tidak menyangka dengan hasil penemuan pelbagai spesies ammonoid itu berikutan berdasarkan kajian sebelum ini hanya terdapat dua rekod penemuan fosil ammonoid yang sedikit di kawasan Aring iaitu pada tahun 1963 dan tahun 1990.

"Kajian yang dijalankan mendapati kawasan Aring pada 245 hingga 208 juta tahun lampau pernah dilitupi lautan yang dihuni oleh cengkerang primitif dan penemuan yang saya lakukan ini menyokong kenyataan itu. Antara fosil yang boleh ditemui termasuklah fosil ammonoid (sotong bercengkerang) seperti Frankites dan fosil bivalvia seperti Daonella. Semua cengkerang ini telah pupus sama sekali akibat perubahan iklim global dan bentuk muka bumi," katanya kepada sinar harian. Menurutnya, penemuan seumpama itu boleh ditemui di Temerloh, Pahang, Semanggol, Perak dan Yong Peng, Johor dan ini menunjukkan bahawa kawasan-kawasan tersebut pernah dilitupi lautan pada ratusan juta lalu.

Katanya, letusan gunung berapi kerap berlaku di kawasan Aring dan kemungkinan besar menyumbang kepada kepupusan cengkerang berkenaan. Himupunan fosil yang tidak ternilai harganya itu perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat mempelajari mengenai kehidupan lampau yang sudah lama wujud sebelum kewujudan manusia di muka bumi iaitu kira-kira 200 ribu tahun lalu.

Fosil mempunyai banyak kepentingan saintifik termasuk sebagai penunjuk usia, rekod evolusi, spesimen rujukan dan sebagainya. Oleh itu, diharapkan dengan hasil penemuan itu dapat memberikan dimensi baru dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan kehidupan sebelum manusia di kawasan itu dan sekali gus dapat memberi peluang lebih banyak lagi penyelidikan dapat dilakukan supaya lebih banyak penemuan baru dapat dilakukan.

Ini kerana, kawasan seumpama itu yang menjadi hidupan makhluk prasejarah sepatutnya dipelihara supada ia dapat dijadikan rujukan dan menunjukkan bahawa anak tempatan juga mempunyai kepakaran menjalankan penyelidikan sedemikian sehingga penemuan itu berhasil.


Monday, December 15, 2008

Bencana Geologi (Geohazards)



Bencana geologi atau geohazards secara amnya ditakrifkan sebagai satu keadaan, proses atau kejadian geologi yang mendatangkan ancaman, risiko atau potensi berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan manusia dan harta benda. Bencana geologi wujud secara semulajadi atau didorong oleh tindakan manusia. Bagaimanapun adalah agak sukar untuk membezakan bencana semulajadi dengan tindakan manusia, kerana dalam banyak kejadian, bencana geologi adalah berpunca atau sekurang-kurangnya diburukkan lagi oleh tindakan-tindakan manusia sendiri. Kebanyakan bencana geologi semulajadi berkaitan dengan hakisan, antaranya ialah; hakisan sungai yang mengakibatkan banjir kilat, ketidakstabilan cerun akibat hakisan yang mencetuskan aliran lumpur/ puing, tanah runtuh dan jatuhan batuan, pantai pula mengalami hakisan atau mendapan yang berlebihan dan di kawasan batu kapur berlaku lubang benam atau sinkhole dan pelarutan batuan dasar yang membentuk gegua atau cavity.

Bencana-bencana geologi semulajadi yang lain yang bersifat global antaranya adalah seperti gempa bumi, perubahan aras laut, masalah kesihatan oleh bahan radioaktif semulajadi dalam batuan atau tanih, letupan gunung berapi, tsunami dan tanah terbenam atau land subsidence. Bencana-bencana geologi yang didorong oleh tindakan manusia antaranya ialah tanah terbenam, lubang benam akibat pengambilan air tanah berlebihan dan aktiviti perlombongan bawah tanah, pencemaran air permukaan dan air tanah kerana perbagai aktiviti pertanian, perindustrian, perlombongan dan domestik dan lubang benam, gelongsoran tanah, jatuhan batuan dan sebagainya akibat pelbagai aktiviti pembinaan dan pembangunan. Kita agak bernasib baik kerana tiga bencana geologi semula jadi yang biasanya mengorbankan ramai mangsa dan merosakkan banyak harta benda iaitu gempa bumi, tsunami dan letupan gunung berapi tidak berlaku di negara kita seperti yang dialami oleh beberapa negara jiran. Bagaimanapun beberapa bencana geologi yang lain kerap berlaku di Malaysia antaranya;
  • tanah runtuh yang biasanya berlaku selepas hujan lebat,
  • lubang benam yang berkaitan dengan lohong atau keruntuhan di kawasan batu kapur,
  • jatuhan batuan yang berkaitan dengan kawasan topografi batu kapur atau potongan cerun batuan,
  • hakisan pantai terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, dan
  • aktiviti seismos atau gempa bumi yang lebih aktif di Sabah dan sedikit di Sarawak serta Semenanjung Malaysia, tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang serius atau mempunyai risiko yang tinggi.
Sejak beberapa tahun yang lalu, kita semua mungkin masih ingat akan beberapa tragedi besar yang berkaitan bencana geologi yang berlaku di seluruh negara. Antaranya ialah kejadian runtuhan kondominium Highland Towers pada Disember 1993 yang telah mengorbankan sejumlah 44 mangsa, kejadian aliran puing/lumpur di jalan susur ke Genting Highlands pada Jun 1995 yang telah mengorbankan 23 mangsa, kejadian gelongsoran tanah dan banjir lumpur di Pos Dipang, Perak dan di lebuhraya berhampiran Gua Tempurung dan di Sandakan dan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Terbaru, apabila berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 6 Disember lalu yang mengorbankan empat nyawa dan harta benda jelas menunjukan kepada kita bahawa kita belum mampu melaksanakan tadbir urus cerun, khususnya pada cerun yang mempunyai risiko bencana.

Berbagai persoalan timbul setiap kali berlakunya kejadian sebegini dan pelbagai pihak mula menunding jari di antara satu sama lain. Setelah panas seketika, isu ini akan kembali sejuk sehinggalah berlaku pula kejadian atau tragedi lain dan proses sama akan berulang. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan pemesatan penduduk, pembangunan telah menular ke kawasan-kawasan yang lebih sensitif dan mempunyai risiko yang lebih tinggi sekiranya pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut. Dalam hal ini, bidang geologi mempunyai peranan yang penting dalam menyumbang kepada perancangan dan pengurusan persekitaran manusia bagi mewujudkan pembangunan yang mampan.

Penglibatan ahli kajibumi atau geologist di peringkat perancangan sesuatu projek pembangunan adalah sangat penting bagi meminimumkan risiko berlakunya bencana geologi. Oleh itu sumbangan yang dimainkan oleh ahli geologi dalam membantu pihak perancang, jurutera, arkitek, pihak berkuasa tempatan (BPT) dan pihak pemaju dalam membangunkan sesuatu kawasan perlu dipertingkatkan. Ahli kaji bumi boleh membekalkan maklumat geologi yang lebih berkesan dan mudah difahami untuk dimanafaatkan oleh pelbagai pihak berkaitan. Dengan meningkatnya kefahaman dan kesedaran dari pelbagai pihak terhadap pentingnya perancangan sesuatu projek pembangunan itu dilakukan secara bersepadu iaitu melibatkan kepakaran dan input daripada pelbagai disiplin profesional, diharapkan agar bencana-bencana geologi yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan atau dikurangkan.

Wednesday, December 3, 2008

INFORMASI: Kaspersky Antivirus


MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.


Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP. Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia. Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan. Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.


Menurut Kaspersky, dunia virus telah berubah secara dramatik dan kini telah sampai ke era Malware III. Peringkat pertama, ketika beliau memulakan syarikat, virus didominasikan oleh jangkitan fail dan virus yang dibangunkan oleh remaja yang biasanya dijangkiti menerusi cakera liut. Peringkat kedua antara tahun 2000 hingga 2004, ia adalah era di mana cecacing Internet seperti I Love You dan Melissa dihantar sebagai lampiran e-mel. “Kita sekarang berada dalam dunia jenayah siber di mana penjenayah membangunkan Malware untuk menipu. “Kebanyakan kos yang dijangkiti disebarkan menerusi laman web yang berniat jahat dan bagi membawa pengguna ke sana, mereka menggunakan kejuruteraan sosial seperti spam, e-mel, phishing, blog, forum, laman Web 2.0 dan komuniti sosial lain,” kata Kaspersky semasa ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kedatangan Kaspersky adalah dalam program Persidangan Kemuncak Keselamatan Siber Dunia (WCSS) yang pertama yang dianjurkan oleh Kerjasama Multilateral Menentang Pengganas Siber (IMPACT), baru-baru ini. Menurutnya, trojan dan bots yang mencirikan Malware III lebih canggih dan pintar menyembunyikan diri. “Malware III pintar bersembunyi, sukar untuk mencari dan membuangkannya daripada sistem kerana mereka tahu tempat bersembunyi,” katanya. Ia merupakan cabaran yang lebih besar bagi syarikat keselamatan berbanding membuang virus dikenali. Pembekal teknologi keselamatan juga perlu menambah teknologi proaktif yang mengenalpasti kelakuan Malware dalam semua jenis program. “Ini bukan tugas yang mudah,” tegas Kaspersky.


Beliau teringat - spyware - satu program tersembunyi yang apabila anda disambungkan kepada rangkaian, ia akan berinteraksi secara rahsia dengan komputer pelayan yang tidak diketahui. “Tentu saja, kita perlu menghapuskannya tetapi bukan semudah itu apabila program berkenaan dijual sebagai sistem antikecurian kepada pengguna komputer riba. “Inilah yang dikatakan ‘zon kelabu’ di mana syarikat bertelagah jika sistem yang digunakan sah atau tidak. “Masalahnya sekarang penulis Malware sentiasa berusaha menghasilkan sesuatu yang tidak seperti Malware,” katanya. Ditanya adakah pihaknya berjaya mengatasi masalah berkenaan. Kaspersky berkata, memang kalah sudah menjadi adat dalam perniagaan. “Penjenayah siber telah mengubah taktik mereka. Jika dulu kami ‘mengekori’ mereka dengan cuba merungkaikan masalah yang diwujudkan. “Kini mereka ‘mengintai’ kami untuk meninjau kelemahan kubu kami. Ini boleh disifatkan sebagai seimbang,” katanya. Sebuah syarikat besar memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan desktop yang sama seperti Kaspersky Lab. Beliau menambah, keselamatan maklumat merupakan bidang yang menguntungkan tetapi syarikat terlalu besar tidak boleh memberikan sepenuh perhatian seperti dirinya. “Kami juga perlu bersaing dengan syarikat keselamatan maklumat yang besar yang menjual langganan dengan memasukkannya ke dalam komputer yang baru. “Kami telah melepasi tahap di mana kami tidak dikenali kepada sebuah syarikat bertaraf antarabangsa,” katanya.


Kaspersky Lab mempunyai kelebihan di tempat seperti China dan Brazil di mana pasarannya masih luas. Dalam jangka panjang Kaspersky Lab akan memasuki bursa awam terutamanya ke salah satu pasaran saham di pasaran Eropah. Semangat patriotik yang tumbuh segar dalam dirinya tidak akan membawa Kasperskry memindahkan perniagaannya ke luar negara seperti Oxford, UK. Sebelum ini pada 1990an, Kaspersky pernah berura-ura bekerja dengan Dr. Alan Solomon, bapa perisian anti-virus British bagaimana tidak menjadi.

Important to have friends

Monday, December 1, 2008

Lata Iskandar, Tapah




Lata Iskandar,
Batu 9, Jalan Tapah-C. Highlands
November 2008

Tasik Ringlet, C. Highlands




Tasik Ringlet di C. Highlands merupakan salah satu dari 2 empangan TNB untuk penjanaan elektrik. Ia antara lokasi menarik untuk kaki-kaki pancing khasnya kepada peminat ikan keli dan ikan likoh. Namun begitu ikan-ikan yang kedapatan dalam tasik tersebut mungkin telah dicemari oleh racun-racun serangga atau pesticid yang digunakan oleh pekebun-pekebun sayur. Setiap tahun kira-kira 200-300 tan sedimen berupa pasir dan lumpur berjaya dienapkan di dasar tasik tersebut. Kos untuk kerja-kerja pengorekkan bagi mendalamkan dasar tasik tersebut dianggarkan kira-kira RM 30 juta.

Monday, November 24, 2008

Taman Tasik Shah Alam



Taman Tasik Shah Alam
November 2008

T-Rex Cartoon on The Star



Tuesday, November 11, 2008

Pemusnahan Alam Semulajadi di Lojing, Gua Musang









Kawasan Tanah tinggi Lojing kini telah dimajukan sebagai kawasan pertanian. Masalah timbul bila kawasan-kawasan tersebut telah diusahakan tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Cerun-cerun bukit dipotong tanpa perancangan yang sewajarnya menyebabkan hakisan tanah banyak berlaku di kawasan ini. Sehingga kini, kerja-kerja pemotongan cerun-cerun bukit untuk pembinaan lereng-lereng pertanian masih aktif terutama di kawasan Pos Sigar. Jasad potongan cerun yang berupa tanah sisa granit yang terdiri daripada pasir dan lumpur didapati ditambak di lereng-lereng cerun potongan. Apabila hujan akan mengakibatkan hakisan terhadap tanah tambakan ini dan bahan-bahan hakisan akan dialirkan ke anak-anak sungai. Kuantitinya adalah bertambah terutama ketika hujan lebat.

Sg.Belatop adalah satu-satunya sungai yang terhasil dari cabangan sungai-sungai kecil dari kawasan ini. Luahan dari Sg. Belatop ini akan keluar ke Sg. Brooke yang jernih airnya. Oleh kerana Sg. Belatop membawa sisa hakisan yang tinggi menyebabkan air Sg. Brooke menjadi keruh sehinggalah sampai ke Sg. Nenggiri dan mungkin menyumbang terhadap kekeruhan Sg. Kelantan.

Mungkin sudah terlambat untuk sebarang usaha pemuliharaan di kawasan ini, namun usaha untuk memantau dan menghentikan kerja-kerja pemotongan cerun bukit di kawasan berdekatan mungkin boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan yang berkenaan.

Sunday, November 2, 2008

Telaga Tujuh, Langkawi




Pemandangan sekitar air terjun Telaga Tujuh di Bahagian atas. Terdapat kira-kira 400 anak tangga untuk ke kawasan tersebut yang memerah keringat.. bukan setitik dua.. serta amat memenatkan. Kononnya terdapat 7 lopak air yang kelihatan seperti perigi yang sering digunakan oleh puteri bunian untuk mandi-manda di situ. Air dari bahagian bawah terpaksa dipam ke bahagian atas utk menambahkan kuantiti air melalui saluran paip. Sesuatu yang menarik di sini adalah sentuhan antara batuan granit dan kuarzit. Lopak air tersebut terhasil akibat tindakan geologi semulajadi oleh arus jeram tersebut.

Thursday, October 30, 2008

G. Ayam, K. Betis




Pemandangan Gunung Ayam yang berketinggian 987.6 dari aras laut. Terbina dari batuan konglomerat berusia Permian ke Trias Awal iaitu sekitar 260-245 juta tahun lampau. Pemandangan sebegini boleh diperhatikan di sepanjang Jalanraya C. Highlands-G. Musang.
Oktober 2008

Wednesday, October 29, 2008

Jeti Langkawi






Pemandangan kala terbenamnya matahari dirakamkan dari Jeti Langkawi.
Oktober 2008

Tuesday, October 21, 2008

Keli 6kg tumpas di Tasik Ringlet


Keli seberat 6kg telah berjaya dinaik... menggunakan umpan cengkerik...

Thursday, October 16, 2008

Mercu Tanda Kota Bharu, Kelantan



Rekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Bandar Kota Bharu berprinsipkan simbolik Al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

Rimbunan Dedaun


Bandar Hilir Melaka
Ogos 2008

Sungai Pahang, Kg. Pejing




Pemandangan menunjukkan aliran sungai pahang dari barat ke timur. Terdapat beting pasir di bahagian tengah sungai. Ketika banjir, air boleh meningkat sehingga 10 meter dari paras biasa. Gambar diambil dari Kg. Pejing manakala di seberang sungai pula adalah Kg. Lubuk Paku, Maran, Pahang. Dahulunya penduduk kampung terpaksa menjalani jarak perjalanan yang jauh untuk ke Bandar Temerloh atau Bandar Maran. Tetapi kini ia tidak lagi berlaku selepas siapnya jambatan di Chenor.

Wednesday, September 24, 2008

Bukit batu kapur Kota Gelanggi, Jerantut



Bukit Batu Kapur Kota Gelanggi atau dulu dikenali sebagai Kota Jin. Salah satu jajaran batu kapur dari batu kapur Gua Musang dan Batu Kapur G. Senyum dan Batu Kapur Jebak Puyuh. Terbentuk dari pengenapan marin laut cetek dan cengkerang-cengkerang berkarbonat kira-kira 260-250 juta tahun lampau. Dulu kecoh pasal ada org buat rumah dalam gua ni.. aktiviti pengkuarian pun dah diberhentikan. Sekarang Tekam Plantation yang ambil alih kawasan ni. Siap ada muzium lagi..




Pantai Batu Hitam, Kuantan









Pantai Batu Hitam terletak dalam daerah Kuantan berhampiran sempadan Pahang-Terengganu. Namanya adalah bersempena dengan kewujudan batu berwarna hitam yang kedapatan di sekitar kawasan pantai tersebut. Singkapan batuan tersebut adalah sebahagaian dari singkapan batuan volkanik jenis Basalt yang mengalir keluar dari rekahan yang kemudiannya mengeras menjadi batu. Ia merekodkan aktiviti volkanik yang terakhir di Semenanjung Malaysia sekitar 1.6 juta tahun lampau.